15 May 2010

Player of The Season

Okey bila tamatnya musim sudah pastinya ramai yang tertanya siapa yang akan muncul pemain terbaik tahunan Arsenal musim ini.. Jika RVP musim lepas siapa pula musim ini.. Atikah akan letakkan undian di Ruangan Undian Anda dalam masa terdekat ini sebaik sahaja Atikah dapat 10 calon untuk diletakkan dalam senarai itu..

Namun dalam artikel ini Atikah nak senaraikan top 3 atau top 5 pemain terbaik skuad utama, simpanan dan Ladies Arsenal.. X lupa juga pemain muda bawah 20 tahun terbaik yang beraksi di dalam skuad utama.. Ini cuma pandangan Atikah.. Jadi kalau pandangan anda berbeza janganlah pulak nak marah-marah..

Atikah yakin tiada seorang pun akan mempersoalkan pilihan Atikah untuk meletakkan kapten pasukan sebagai pilihan pertama memenangi anugerah pemain terbaik tahunan versi blog Atikah.. Aksi memukaunya musim ini sudah cukup untuk membuktikan yang di berhak menerimanya musim ini..

Jika musim lepas Van Persie cukup hebat menjaringkan gol dan mencipta peluang untuk rakan sepasukannya.. Musim ini tiba pula giliran Cesc Fabregas selepas RVP terpaksa berehat panjang akibat masalah kecederaan.. Atikah yakin anda bersetuju dengan pilihan Atikah ini..

Jika musim lepas Andrei Arshavin muncul pemain kedua terbaik Arsenal hanya beberapa bulan selepas membuat perpindahan ke Arsenal.. Musim ini tiba pula giliran Thomas Vermaelen.. Berbagai kritikan dilemparkan kepadanya walaupun dia masih pun belum membuat debutnya bersama Arsenal..

Namun dia membuktikan kehebatannya dengan menampilkan aksi yang cukup konsisten di bahagian pertahanan Arsenal dan membentuk gandingan mantap bersama William Gallas.. Vermaelen juga sempat menjaringkan 8 gol.. Untuk seorang pemain pertahanan jumlah itu terlalu banyak.. Jadi Vermaelen cukup layak untuk dihadiahkan tempat kedua sebagai pemain terbaik Arsenal..

Untuk bagi adil Atikah letakkan Andrei Arshavin dan Nicklas Bendtner ditempat ketiga bersama-sama.. Arshavin memukau pada separuh masa pertama saingan sebelum mula merosot di separuh masa kedua sementara Bendtner membuktikan kehebatannya di separuh masa kedua saingan..

Kedua-duanya menjaringkan 12 gol di dalam semua saingan dan ianya lebih menyusahkan Atikah untuk membuat pilihan.. So untuk bagi adil kedua-dua mereka berhak untuk berkongsi di tangga ketiga pemain terbaik tahunan Arsenal musim ini..

Untuk pemain muda bawah 20 tahun terbaik Arsenal pula Atikah serahkan anugerah ini kepada Aaron Ramsey yang mula menikmati musim cemerlangnya di Arsenal sehinggalah kakinya dipatahkan Ryan Shawcross.. 4 gol darinya musim ini dan aksi cemerlangnya sudah cukup untuk meletakkannya di senarai teratas..

Di tempat kedua pula Atikah memilih pemain skuad simpanan Arsenal yang cukup menyinar apabila dipanggil menyertai skuad utama iaitu Craig Eastmond.. Aksinya semasa mengisi kekosongan yang ditinggalkan Song dan Denilson berjaya dilaksanakannya dengan baik.. Mungkin Wenger akan mempertimbangkan memanggilnya menyertai skuad utama untuk musim depan..

Di tempat ketiga ianya merupakan persaingan di antara dua pemain yang dipinjamkan Arsenal iaitu Jack Wilshere (permata baru Arsenal) dan Wojciech Szczesny (penjaga gol masa depan Arsenal).. Namun Atikah membuat keputusan memilih Wilshere memandangkan Wilshere beraksi di peringkat EPL bukannya peringkat Liga kedua..

Wilshere sememangnya telah menampilkan aksi cemerlang di bawah bimbingan Owen Coyle dan mula menerima banyak pujian dari rakan sepasukannya di Bolton dan mula disenangi peminat Bolton.. Coyle dijangka mahu membuat tawaran kepada Arsenal untuk menagih khidmat Wilshere sekali lagi musim depan secara pinjaman..

Untuk pemain terbaik skuad simpanan dan belia Arsenal.. Atikah memilih penyerang sensasi mereka Luke Freeman (yang pegang piala).. Freeman dijangka akan menjadi prospek utama masa hadapan Arsenal nanti selepas menampilkan aksi cemerlang bersama skuad simpanan dan akademi Arsenal.. Dengan usianya baru 18 tahun masa depannya cukup cerah jika dia berjaya mengimprovekan dirinya setiap musim..

Benik Afobe pula muncul pemain kedua pilihan Atikah atas aksi yang cukup cemerlangnya bersama skuad simpanan dan akademi Arsenal.. Seperti Freeman, Afobe dijangka muncul prospek baru di akademi Arsenal.. Afoebe baru sahaja berusia 17 tahun..

Pemain yang akan berusia 19 tahun September ini, Conor Henderson menampilkan aksi cemerlang di bahagian tengah Arsenal sehingga dipanggil Wenger di dalam skuad utama Arsenal sejak akhir-akhir ini selepas Arsenal mempunyai masalah kecederaan di bahagian tengah.. Masih belum mendapat debutnya bersama skuad utama namun Atikah yakin dia akan dapatkannya musim depan..

Untuk pemain terbaik tahunan Arsenal Ladies versi blog Atikah pula akan disenaraikan minggu depan memandangkan esok mereka akan beraksi perlawanan terakhir mereka musim ini sebelum memulakan kempen baru musim depan di format baru liga perdana yang bermula dalam bulan Mac nanti.. Adios!!

2 comments:

OS-kop AKA Razuba said...

:)
pandangan yg bernas.
setuju dgn pilihan anda

15.5.10
atikah said...

thanks RAZubA..

15.5.10

Post a Comment