24 May 2010

Merida keluar Wilshere jadi buruan hangat

Fran Merida akhirnya sah meninggalkan Arsenal menerusi perpindahan percuma selepas pengurusan Arsenal gagal menyakinkan Merida untuk kekal di Arsenal.. Atletico Madrid telah mengesahkan laporan ini dan Atikah ucapkan selamat maju jaya kepada Merida di Sepanyol.. Aksi yang tidak seberapanya di Arsenal tetap akan diingati terutama sekali gol cantik semasa menentang Liverpool..

Sementara itu Jack Wilshere nampaknya menjadi buruan hangat kelab EPL iaitu Bolton dan yang terbaru Newcastle United yang baru dipromosi kembali ke EPL selepas semusim di Liga kejohanan.. Pengurus Bolton dan Newcastle masing-masing mengakui berminat untuk mendapatkan khidmat Wilshere secara pinjaman musim depan..

Namun dengan Merida sah meninggalkan Arsenal.. Atikah tidak nampak sebarang peluang yang Wenger akan melepaskan Wilshere secara pinjaman sekali lagi melainkan Wenger membawa masuk pemain tengah yang baru dan Wilshere sekali lagi tidak mempunyai peluang untuk beraksi..

Sementara itu, Wenger dijangka akan meletakkan kembali RVP di posisi sayap serangan selepas Wenger mengakui yang Chamakh lebih kepada pemain serangan tengah.. Terutama sekali Chamakh cukup handal di udara dan kebanyakan gol yang dijaringkannya menerusi tandukan.. Dengan Van Persie berkebolehan beraksi di bahagian sayap kanan mahupun kiri ianya langsung tidak menimbulkan sebarang masalah..

Atikah menjangkakan jika Wenger terus menggunakan formasi 4-3-3.. Wenger boleh meletakkan Chamakh di tengah dan diapit oleh Van Persie dan Arshavin.. Gerenti bahagian serangan Arsenal akan ditakuti (itu pun jika Arshavin boleh elakkan jadi Adebayor kedua Arsenal) dengan Fabregas, Song dan Nasri di bahagian tengah Arsenal.. Wow.. Arsenal boleh menang sesuatu musim depan dengan barisan nie..

Tentang khabar yang Henry akan menyertai West Ham pula, Atikah sendiri x yakin yang Henry akan ke West Ham.. Henry pernah mengatakan yang jika dia kembali ke EPL hanya satu kelab sahaja yang akan dipilihnya, iaitu Arsenal.. Dan Atikah yakin yang Henry akan memegang pada janjinya itu.. Dan pengerusi West Ham juga mengakui agak tipis peluang mereka untuk mendapatkan khidmat Henry..

Okey semalam Atikah ada beli akhbar Kosmo Ahad.. Dan Atikah mendapati ada perkara yang tidak betul tentang apa yang ditulis mereka tentang Chamakh ke Arsenal.. Iaitu mereka melaporkan yang perjanjian perpindahan Chamakh ke Arsenal dirahsiakan.. Okey bila ia katakan begitu mesti ada yang mengatakan Arsenal kena bayar dekat Bordeaux..

Namun hakikatnya Arsenal mendapatkan khidmat Chamakh secara percuma memandangkan kontraknya bersama Bordeaux telah pun tamat.. Sejujurnya bila Atikah baca pasal tu, Atikah memang marah sebabnya kenapa pulak Arsenal nak bayar sesen pun dekat Bordeaux.. Lebih-lebih lagi Chamakh punya kontrak dah habis.. Dia ejen bebas..

Memang giler punya marah Atikah semalam.. Inilah akhbar kita.. X pernah menyampaikan yang benar.. Harap-harap x ada siapa yang terkeliru.. Apa-apa pun Atikah nak postkan gambar pemain baru kita iaitu Marouane Chamakh semasa diperkenalkan sebagai pemain Arsenal.. Adios!!

8 comments:

ErwanBlog.com said...

terbaik la arkitel dr atikah...rajin update, x mcm blog arsenal malaysia..

24.5.10
atikah said...

thanks.. kalau ada berita2 yg best2.. atikah postkanlah.. itu pun bergantung sama ada atikah ada masa ke x..

24.5.10
taiko007 said...

dulu atikah selalu update kat sane jugak..tp lepas ada blog sendiri nie dia dah x update kat sane...sebab tu blog tu jarang atau lambat update...

24.5.10
Happiness said...

amboi bkn main marah lagi yer

25.5.10
atikah said...

taiko007.. kalau bkn kerana ada org halau atikah.. mmg atikah akn stay kat blog arsenal malaysia.. dh org x sudi atikah stay dkt sana buat apa atikah nk stay lagi.. dari terus menerus sakit hati baik cuba nasib baru dgn blog sendiri..

25.5.10
ErwanBlog.com said...

busuk ati mamat yg halau atikah tu ye...tp skrg sy rase best lak bile atikah ade blog sendiri...style atikah mmg best dr lain2 gooner...caya lah atikah!!

25.5.10
shahril said...

First-choice: Van Persie, Chamakh
Second-choice: Bendtner, Eduardo
Third-choice: Vela, Walcott

26.5.10
lochoe said...

Sokong atikah...xpela org yg halau tuu.. blog arsenal malaysia pun dh rasa mcm x best...buhsan plak baca sana...suh mereka tutup je la blog tu (ahahaha) joking jew..apa2 pun terima kasih kepada kedua2 blog..tanpa anda siapalah Arsenal Malaysia bukkan :) be a gooner, be a giver...jgnla halau2..

3.6.10

Post a Comment