13 May 2010

Tahniah Arsenal Ladies

Spy Atikah baru sahaja passkan gambar yang dia ambil semasa skuad Arsenal Ladies julang trofi Premier League kedua belas mereka dalam sejarah kelab yang kesembilan dalam era 2000 dan yang ketujuh berturut-turut.. Tahniah skuad Arsenal Ladies yang meraikan parti mereka dengan membenam Leeds 3-0 hasil 2 gol Kim Little dan Gemma Davison..

Namun yang paling manis Emirates Stadium menjadi saksi kehebatan skuad Arsenal Ladies apabila Arsenal Ladies diberika penghormatan untuk beraksi di gelanggang keramat Arsenal, Emirates Stadium untuk menjulang trofi berprestij ini selepas sah muncul juara hujung minggu lalu selepas membenam Everton 4-2..

Di sini ada gambar-gambar kegembiraan skuad Arsenal Ladies.. Atikah mungkin akan postkan dalam masa terdekat ini video detik-detik manis skuad lelaki Arsenal dan skuad Arsenal Ladies sepanjang musim 2009/2010 di mana Atikah sendiri akan buat.. Namun ianya mungkin mengambil masa disebabkan Atikah baru nak belajar buat video..

Tapi sebaik sahaja ianya menjadi Atikah akan secepat mungkin postkan di blog ini.. So nantikan.. Walau apa-apa pun Atikah postkan dulu gambar yang berjaya ditangkap spy Atikah semasa skuad wanita Arsenal berpesta di Emirates Stadium selepas sah muncul juara Women's Premier League.. Adios!!

Skuad Arsenal Ladies berbincang sebelum perlawanan

Kim Little meraikan golnya menentang Leeds

Pemain Arsenal meraikan gol oleh Kim Little

Kapten pasukan, Jayne Ludlow menjulang trofi Women's Premier League yang kesembilan dalam kariernya.. Namun selepas itu rakan-rakan sepasukannya menyimbahnya dengan air semasa kapten pasukan mereka ini ditemu ramah Arsenal TV Online

Skuad Arsenal bergambar dengan piala yang dimenangi mereka musim ini

Pemain Arsenal berasal dari Republik Ireland bergambar bersama trofi Women's Premier League.. Dari kiri Ciara Grant, Yvonne Tracy, Emma Byrne (penjaga gol terbaik Arsenal Ladies yang menjadi sumber inspirasi Atikah semasa menjadi penjaga gol pasukan bola baling Atikah) dan Niamh Fahey

Trofi pertama Premier League di bawah bimbingan Laura Harvey.. Dan nampaknya Harvey akan kekal lagi musim depan di format baru Premier League..

Jurulatih Arsenal Ladies dijulang barisan pemainnya mungkin sebelum Laura Harvey disimbah air oleh pemain-pemain Arsenal Ladies..

0 comments:

Post a Comment