17 May 2010

Transfer rumours & Nasihat Seaman

Okey sori sebab semalam x postkan berita terkini.. Sebabnya Atikah sibuk sikit dan internet slowlah.. So sebelum Atikah buat review pemain terbaik tahunan Arsenal Ladies Atikah nak postkan berita terkini skuad Arsenal.. Atau secara spesifiknya transfer rumours terkini.. Atikah malas nak layan rumours pemain mana yang tinggalkan Arsenal so Atikah hanya akan postkan rumours tentang siapa akan ke Arsenal..

Pemain pertahanan tengah Everton, Phil Jagielka merupakan pemain pertahanan yang dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal selepas masa depan William Gallas masih dalam keadaan yang samar berbanding Campbell yang sudah memulakan perbincangan tentang kontrak lanjutan..

Jagielka yang berusia 28 tahun diakui sebagai pemain pertahanan terbaik EPL dan mungkin boleh membentik gandingan yang mantap bersama Thomas Vermaelen selepas masa depan dan tahap kecergasan William Gallas masih menjadi tanda tanya..

Namun MU juga berminat untuk mendapatkannya.. Nilainya dianggarkan sekitar 15 juta pound.. Namun untuk Wenger mendapatkan khidmatnya agak sukar selepas David Moyes berniat untuk mengekalkan Jagielka..

Arsenal terus dikaitkan dengan perpindahan penjaga gol baru.. Yang terkini, penjaga gol no. 1 Bologna dan bekas penjaga gol skuad olimpik dan bawah 21 tahun Itali, Emiliano Viviano dilaporkan menjadi sasaran Arsene Wenger.. Viviano beraksi cemerlang walaupun pasukannya, Bologna terkial-kial untuk kekal di Seria A musim depan..

Penjaga gol lagenda Arsenal, David Seaman muncul orang terbaru yang mempertahankan penjaga gol yang di dalam kritikan, Lukasz Fabianski.. Seaman mahukan fans Arsenal bersabar dan memberikan waktu untuk Fabianski belajar dan membuktikan kemampuannya.. Dan Seaman juga menegaskan yang Wenger tidak memerlukan penjaga gol baru..

"They're still learning, especially Fabianski - people forget how young he is.. He's a great talent but he still needs to develop his all round game.. It will come with age, but he's certainly a talent.. Then you look at Almunia who has all the experience...I think he's going to have a problem in keeping Fabianski out.."

"It's great though to have competition for that one spot, Arsenal need it to be competitive as it will bring out the best in them.. Then you look at Wojciech Szczesny coming through and you have to say he's a fascinating prospect.. I think he may be a little young to throw straight into the first team as being in goal for Arsenal is very different to being in goal at Brentford.."

"He is a great, great talent though – so Arsène's got four top players at his disposal.. I don't know for sure what he'll do but I accept it's a tough situation when the fans are calling for change.."

Namun dengan baru-baru ini Arsene Wenger mengeluarkan kenyataan yang dia tidak menganggap Manuel Almunia sebagai penyarung jersi no.1 Arsenal buat masa yang lama.. Timbul berita yang mengatakan masa depan Almunia kini dalam keadaan yang samar ditambah pula Wenger lebih yakin dan percaya dengan Lukasz Fabianski..

Namun jika Manuel Almunia disahkan berhijrah dari Arsenal musim panas ini.. Fans Arsenal akan menerima berita gembira dengan Joe Hart dilaporkan kini semakin hampir untuk berhijrah ke Arsenal selepas spy Atikah mendapati Wenger kini bersiap sedia untuk mengemukakan tawaran kepada Man. City untuk Joe Hart..

Namun peluang Arsenal mendapatkan Hart bergantung dengan tahap kecederaan Shay Given yang dialaminya semasa cuba menyelamatkan sepakan padu dari Abou Diaby.. Namun dengan Buffon terus dikaitkan akan berpindah ke Man. City terutama sekali Buffon kecewa dengan tindakan jurulatihnya pada perlawanan terakhir liga semalam.. Arsenal cukup berpeluang menyambar bakal penyarung jersi no.1 England ini.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment