20 May 2010

Ucapan Aaron Ramsey

Apa kata kita lupakan seketikan kontroversi Fabregas akan meninggalkan Arsenal di mana spy Atikah telah mengesahkan yang masih tiada tawaran diterima Arsenal untuk khidmat Cesc Fabregas.. Mari kita berbicara tentang klon Cesc Fabregas, Aaron Ramsey yang kini dalam proses pemulihan dari patah tulang betis dan tulang kering kaki kanannya..

Aaron Ramsey telah hadir ke pejabat Arsenal untuk menerima buku di mana ianya dipenuhi dengan ucapan semoga cepat sembuh dari semua fans Arsenal diseluruh dunia yang terpilih.. Aaron Ramsey yang terharu mengucapkan ribuan terima kasih kepada fans dan mengakui yang proses pemulihannya akan mengambil masa yang lama namun dia akan cuba untuk melakukannya..

"I’d like to say thank you very much for taking the time to write and I’d like to let you know that I’m going on OK and it’s all coming along slowly but I’ll get there in the end.."

Menurut spy Atikah.. Hugo Lloris kini muncul penjaga gol utama buruan Arsene Wenger selepas dilaporkan yang Man. City menolak tawaran Arsenal untuk mendapatkan khidmat Joe Hart.. Namun masih tiada kenyataan rasmi sama ada benar atau tidak rumours ini.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment