29 May 2010

Schwarzer & Fabregas story

Mungkin ada yang dengar tentang rumours ini mahupun sebaliknya iaitu dilaporkan Wenger mengintai penjaga gol veteran Fulham, Mark Schwarzer.. Atikah sememangnya tidak mempercayainya memandangkan Schwarzer x delah bagus mana pun lagi bagus si Almunia tu waktu musim 2008/2009, cuma sayangnya musim nie dia x konsisten..

Dan akhirnya Schwarzer menafikan segala khabar angin ini dengan menegaskan dia nampak masa depannya bersama Fulham bukannya bersama Arsenal.. Schwarzer juga mengakui yang dia tidak menerima sebarang panggilan untuk mendapatkan khidmatnya dan dia yakin ini hanyalah spekulasi..

Fuhh.. Bila dengar Schwarzer cakap macam nie lega Atikah.. Sebabnya Atikah memang x setuju Schwarzer join Arsenal.. Kalau nak keeper umur sekitar 30 tahun lagi bagus beli Buffon atau Frey.. Dua2 tu lagi bagus dan harganya pun berbaloi.. Dan khidmat mereka sekurang-kurangnya bolehlah digunakan lama sikit berbanding Schwarzer..


Semakin lama semakin menjadi-jadi cerita yang Fabregas memang akan tinggalkan Arsenal walaupun Fabregas telah membuat kenyataan yang dia gembira di Arsenal.. Namun itulah perkara yang terpaksa dilalui fans Arsenal semasa musim perpindahan sehinggalah Arsenal berjaya menjulang sesuatu dan prestasi Barcelona merudum..

Tapi Atikah nak tegaskan yang kita perlu percaya apa yang Fabregas kata bukannya apa yang dikatakan media.. Harap-harap dengan spekulasi ini Fabregas terus menunjukkan kehebatannya di atas padang dan menjawab segala spekulasi dia meninggalkan Arsenal dengan menampilkan aksi cemerlang bersama Arsenal dan seterusnya membantu Arsenal memenangi trofi..

Dengan Barcelona mengalami masalah hutang.. Presiden mereka yang akan digantikan tidak lama lagi, Joan Laporta telah menegaskan Barca tidak akan pecahkan tabung untuk mendapatkan khidmat Fabregas.. Barca hanya bersedia membayaw Arsenal 30 juta pound berbanding harga sebenar Fab yang bernilai 40 juta pound..

Namun dengan aksi memukau Fab sepanjang musim 2009/2010 dan prospek Fabregas membantu Sepanyol menjulang trofi Piala Dunia bulan depan, Arsenal telah meletakkan tag harga bernilai 80 juta pound terhadap Fabregas dan jelas sekali Arsenal tidak akan berganjak dengan nilai tersebut..

Sememangnya harga Fabregas cukup berbaloi dengan harga 80 juta pound kalau si Ronaldo yang hanya reti menyerang saja bernilai 80 juta pound kenapa Fabregas tidak boleh.. Atikah nak senaraikan setiap inci harga Fabregas melalui prestasinya..

20 juta pound : Nilai untuk terima kasih kepada Arsenal mendidik Fab menjadi sehebat sekarang ini.. Dan nilai Arsenal memberikan pengalaman yang mencukupi untuk Fabregas melebihi apa yang patut dipunyainya dibandingkan dengan umurnya..

10 juta pound : Fabregas bulan sahaja handal menyerang namun dia juga bagus dalam membantu bahagian pertahanan..

20 juta pound : Hebat menyerang dan bijak mencari peluang untuk menjaringkan gol..

10 juta pound : Sifat kepimpinan Fabregas.. Kematangan dalam permainannya..

20 juta pound : Daya kreativiti Cesc Fabregas..

10 juta pound : Setiap passingnya kepada rakan sepasukan..

10 juta pound : Nilai untuk setiap free kick dan set piece yang membuahkan hasil..

Atikah rasa Arsenal cukup berhak menerima tawaran bernilai 80 juta pound untuk khidmat Cesc Fabregas.. Namun Atikah rasa nilai Fabregas adalah 100 juta pound.. Bukannya 80 juta pound.. Atikah yakin nilai Fab akan meningkat setinggi itu pada musim panas tahun 2011..

Atikah rasa Arsenal patut stay dengan nilai tersebut memandangkan Fabregas sememangnya komited dengan Arsenal.. Dan tambahan pula Arsenal tidak terdesak memerlukan sebarang wang.. Cuma kadang-kadang komitmennya agak pudar bila ayahnya dan rakan sepasukan Sepanyolnya mendesaknya menyertai semula Barcelona..

Namun akhirnya aksinya di tengah padang bersama Arsenal membuktikan tahap komitmennya bersama Arsenal.. Setahu Atikah Fabregas jenis pemain yang x banyak bercakap namun membalas apa yang dikatakan orang dengan aksi di tengah padang.. So Atikah yakin yang Fabregas x akan ke mana-mana terutama sekali selagi Wenger masih bersama Arsenal..

Atikah harap sangat musim baru EPL akan bermula secepat yang mungkin supaya rumours ini hilang.. Kerana kadang-kadang of course Atikah gila punya risau jika rumours ini jadi kenyataan.. Kerana Arsenal x akan pernah sama tanpa Fabregas dan Atikah yakin Fabregas x akan sama tanpa Arsenal.. Adios!!

3 comments:

godzilla said...

gilo atikah ni..komen ikut hawa nfsu sendiri

30.5.10
shahril said...

kata atiqah betul apa..saya sokong....

30.5.10
ErwanBlog.com said...

100M??amboi atikahhh...

30.5.10

Post a Comment