Joe Cole ke Arsenal ??

Jika rumours ini benar ianya mungkin bermaksud yang Cole menerima gaji yang cukup tinggi di Arsenal memandangkan dia sebelum ini mahukan gaji bernilai 120 ribu pound seminggu yang ditolak Chelsea sehingga menyaksikan dia muncul ejen bebas..
Agak sukar untuk Atikah mempercayai yang Cole akan menyertai Arsenal dengan gaji setinggi itu.. Atikah yakin kalau benar Joe Cole join Arsenal, Wenger pasti bijak memujuknya dengan tidak menawarkan gaji setinggi itu.. Atikah rasa kehadiran Cole pasti akan membantu Arsenal..
Atikah sejujurnya agak respect dengan Cole.. Bila Cole di dalam keadaan cergas pasti dia akan beraksi di tahap terbaiknya.. Penambahan Joe Cole ke dalam pasukan Arsenal bagi pandangan Atikah cukup di alu-alukan.. Namun ianya masih rumours sehinggalah Arsenal memperkenalkannya sebagai pemain Arsenal..
Mungkin ramai fans Arsenal yang risau dengan masalah kecederaan Cole.. Namun hakikatnya Cole cepat kembali di prestasi terbaiknya sejurus dia pulih sepenuhnya dari kecederaan.. Atikah cukup yakin yang Cole merupakan penambahan yang sesuai di dalam kem Arsenal..


Kontrak Taylor bersama Newcastle hanya berbaki setahun sahaja lagi, Arsenal dilaporkan akan membuat tawaran bernilai 5 juta pound untuk khidmat Steven Taylor.. Sementara itu Gary Cahill dilihat akan terus kekal di Bolton selepas Wenger agak keberatan untuk membuat tawaran bernilai 14 juta pound untuk khidmatnya.. Adios!!
1 comments:
bagi saya gary cahill tu terlalu mahal buat arsenal...kita pasukan Arsenal memerlukan benteng pertahanan yang kuat dibantu pemain tengah yang kreatif dan penyerang yang mempunyai penyudah yang tajam dan mampu mengerungkan pihak lawan....Arsene Wenger kan The Professor...biarlah Arsene Wenger membuat pilihan seperi mana dia membeli Veermalen...Blogspot atiqah the best arsenal fan...
1.6.10Post a Comment