13 May 2010

12 pemain bakal ke Afrika Selatan

12 pemain skuad Arsenal telah dipilih untuk menyertai persiapan skuad kebangsaan mereka untuk ke Piala Dunia di Afrika Selatan dengan kebanyakannya tempat mereka sudah terjamin kecuali Cesc Fabregas dan William Gallas yang mungkin tahap kecergasan mereka akan dipersoalkan dan Theo Walcott yang ada peluang 50-50 untuk bersama skuad England..

4 orang pemain skuad utama Arsenal dipanggil menyertai skuad kebangsaaan Perancis di mana kesemua tempat mereka cukup terjamin kecuali Gallas yang masih bergelut dengan tahap kecederaannya.. Gael Clichy, William Gallas, Abou Diaby dan Bacary Sagna merupakan pemain yang Atikah maksudkan.. Maaf Samir Nasri.. Nampaknya dia tidak dipanggil kali ini..

Carlos Vela yang menjaringkan gol pertamanya musim ini di Liga Perdana tetap dipanggil skuad kebangsaannya walaupun jarang beraksi.. Namun hakikat Vela cukup hebat bersama Mexico membuatkan pengendali skuad kebangsaannya tiada pilihan melainkan memilihnya.. Vela akan bertemu kembali pemain senior Arsenal di Afrika Selatan nanti selepas Mexico satu kumpulan bersama Perancis..

Akhirnya aksi cemerlang Theo Walcott bersama Arsenal sejak kebelakangan ini berbaloi selepas Fabio Capello memanggilnya dan peluangnya cukup cerah untuk menaiki pesawat ke Afrika Selatan bulan depan memandangkan aksinya sejak akhir-akhir ini cukup menakjubkan.. Walcott merupakan calon berpotensi menyarung jersi no. 7 England bulan depan jika Aaron Lennon masih bergelut..

Belanda pastinya bergembira selepas RVP sudah pun cergas.. Van Persie tanpa sebarang keraguan lagi akan dipilih ke Afrika Selatan.. Van Persie berpotensi menentang Nicklas Bendtner dan Alex Song bulan depan selepas Belanda satu kumpulan dengan Denmark dan Cameroon..

Hero baru Arsenal dan hero Denmark, Nicklas Bendtner yang merupakan pemain terbaik Denmark tahun lepas tanpa sebarang keraguan lagi akan ke Denmark melainkan kecederaan groinnya bertambah teruk.. Seperti yang Atikah bagi tahu tadi Bendtner satu kumpulan dengan RVP (Belanda) dan Song (Cameroon)..

Alex Song yang semakin mendapat tempat di dalam skuad kebangsaan Cameroon berpotensi untuk mengawal 2 penyerang Arsenal iaitu Nicklas Bendtner dan Robin Van Persie.. Harap-harap nanti Song x akan mencederakan RVP dan Bendtner..

Emmanuel Eboue akan mewakili Arsenal untuk pasukan kebangsaan Ivory Coast dan berjumpa kembali bekas rakan sepasukannya, Kolo Toure dan Emmanuel Adebayor..

Proses pemulihan Fabregas berjalan dengan baik hasil bantuan staf perubatan Arsenal yang cekap.. Cesc Fabregas akan menentang bakal bekas rakan sepasukannya, Philippe Senderos selepas Sepanyol diundi bersama Switzerland.. Atikah sokong Sepanyol.. Itupun kalau Fabregas main.. Kalau x Atikah sokong Brazil sebab ada Kaka..

Bakal bekas pemain Arsenal ini iaitu Philippe Senderos yang kontraknya bersama Arsenal yang akan tamat dalam masa terdekat ini akan mewakili Switzerland dan berpotensi menentang kapten pasukan Arsenal, Cesc Fabregas.. Sementara itu Johan Djourou yang kembali minggu lepas tidak tersenarai dalam pasukan Switzerland.. Adios!!

2 comments:

cryclown said...

bendtner 2 hero arsenal ke? huhuuuhu

13.5.10
atikah said...

bulan mac hari tu kan dia banyak bantu Arsenal.. bagi atikah dia hero arsenal yg akn dtg.. atikah yakin kalau dia improve lebih lagi.. dia gerenti akn jadi hero terbaru arsenal..

14.5.10

Post a Comment