04 May 2010

Mengecewakan

Permulaan minggu yang mengecewakan untuk skuad Arsenal.. Pasukan lelaki Arsenal tewas dalam cara yang x sepatutnya dan skuad Arsenal Ladies dimusnahkan oleh skuad Everton Ladies dalam perlawanan akhir dengan jurulatih Arsenal Ladies diambang dipecat.. Dengan ini merupakan kekalahan pertama Arsenal Ladies di final Piala FA dalam 11 kali mereka ke final.. Atikah berjaya luangkan masa untuk menyaksikan kedua-dua perlawanan namun kedua-duanya berakhir dengan melukakan hati Atikah..

Fabianski mungkin akan dijadikan kambing hitam dalam kekalahan Arsenal awal pagi tadi.. Namun hakikatnya ini merupakan perlawanan terbaiknya setakat ini bersama Arsenal.. Dialah pemain terbaik Arsenal awal pagi tadi bersama-sama Theo Walcott.. Namun disebabkan dia tidak dapat perlindungan sewajarnya daripada pengadil, ianya bermakna 2 gol yang x sepatutnya masuk, masuk..

Setahu Atikah.. Jika penjaga gol dihalang daripada mengambil atau menumbuk bola semasa sepakan penjuru terutamanya, ianya satu kesalahan.. Namun pengadil pada separuh masa kedua kebanyakannya tidak memberikan perlindungan sewajarnya untuk Fabianski.. Apa yang boleh dilakukan Fabianski?? Dia hampir sahaja menutup mulut pengkritik dengan aksi cemerlangnya awal pagi tadi..

Namun komen-komen buruk akan terus dilemparkan kepadanya selagi dia masih gagal membantu Arsenal mencatatkan kemenangan.. Namun apa yang pasti.. Perlawanan awal pagi tadi, Fabianski dah tunjukkan apa yang dia mampu lakukan.. Namun masih banyak benda yang perlu dia improvekan.. Terutamanya dalam situasi one on one dimana Fabianski agak lemah dalam perkara itu..

Dalam 5 perlawanan terkahir Arsenal mencatatkan 4 kekalahan di mana Fabregas tiada dalam pasukan.. Adakah ini bermakna Arsenal sememangnya masih belum bersedia kehilangan Fabregas?? Ya.. Ianya benar.. Arsenal masih belum boleh kehilangan Fabregas.. Kehadiran RVP masih belum mampu mencetuskan impak seperti mana Fab lakukan untuk Arsenal.. Dan sebelum Atikah terlupa, hari ini genap 23 tahun umur Fabregas.. So Happy Birthday Fab4..

Kerapuhan di bahagian kiri Arsenal pagi tadi jelas terasa.. Traore gagal beraksi sebaik Clichy mahupun Gibbs.. Dia mudah kehilangan bola dan agak mudah dibuli.. Traore jelas masih banyak yang perlu dipelajarinya..

Abou Diaby pula mula menunjukkan aksi hambarnya semula.. Diaby jelas sekali bukanlah pilihan yang tepat untuk diletakkan di bahagian tengah bertahan.. Diaby mudah kehilangan bola dan gagal memberikan perlindungan sewajarnya untuk back four..

Pemain paling mengecewakan semalam ialah Carlos Vela.. Dia diberikan peluang oleh Wenger untuk berada dalam kesebelasan utama seperti yang di mahukannya.. Namun 2 peluang keemasa dipersia-siakannya begitu sahaja.. 2 hantaran yang cukup cantik oleh Walcott sepatutnya dipergunakan Vela untuk mengukuhkan tempatnya di dalam kesebelasan utama.. Namun dia tidak melakukannya pagi tadi..

Namun Walcott merupakan pemain terbaik Arsenal pagi tadi.. Merencanakan gerakan menyerang.. Dan mencipta beberapa gerakan.. Namun hantaran cantiknya kepada Vela dipersiakan Carlos Vela.. Namun persembahannya cukup cemerlang sekali.. Dan RVP kembali menemui sentuhannya.. Adios!!

1 comments:

zizie said...

macam2 hal la pemin arsenal ni....
tak ade semangat kental dlm pasukan jika febregas x ada.
tidak seperti MU semangat setiap musim demi musim.sebab tu diorg boleh menag piala.
Arsenal perlu seperti manchester United atau meniru cara mereka..
Pertahanan dan Gol keeper patut ditekankan utk musim hadapan jika mahukan Kejuaran...
tidak mengharap pemin muda sja jika tiada pemain berpegalaman seperti MU dan Chelsea..JGN KECEWAKAN PEMINAT..INGAT TU

13.5.10

Post a Comment