30 May 2010

RVP injured lagi !!

Jika Van Persie mewakili negaranya, Belanda, tidak sah jika Van Persie tidak akan pulang semula ke Arsenal dengan mengalami kecederaan.. Kini ianya berlaku sekali lagi selepas buku lali yang dibedah tahun lepas kembali cedera..

Namun ianya dilaporkan tidak serius.. Nampaknya Wenger pasti akan pening kepala jika RVP berjaya membantu Belanda ke Final dan kembali semula ke Arsenal dengan mengalami kecederaan serius.. Terutama sekali RVP x akan punya masa yang cukup untuk kembali menyembuhkan kecederaannya..

Atikah harap RVP x akan mengalami kecederaan serius sekali lagi sehinggakan Arsenal terpaksa menggigit jari untuk mengunakan khidmat Van Persie.. Walaupun kini Arsenal ada Chamakh.. Tapi Arsenal masih memerlukan kreativiti Van Persie untuk membantu pasukan..

Spy Atikah memberitahu yang Real Madrid kini dalam pemburuan untuk mendapatkan tandatangan Cesc Fabregas dengan bersedia mengemukakan tawaran bernilai 80 juta pound yang diminta Arsenal.. Jika ini benar ianya menjadi satu lagi tamparan hebat kepada Barca dan Arsenal nampaknya terus berada di situasi yang baik untuk terus mengekalkan Fabregas..

Mungkin Barca hanya akan membayar sekitar 50 juta pound atau kurang dengan menawarkan sekali khidmat Van Der Vaart dan Higuan yang mendapat perhatian Wenger.. Namun Atikah bukannya seronok tentang rumours nie tapi Atikah seronok sebabnya Arsenal terus berada di situasi yang baik untuk mengekalkan Fabregas..

Atikah masih percayakan Fabregas 100% yang dia gembira di Arsenal dan Atikah x mahu ambil peduli sudut negatif kerana lebih baik kita fikir yang positif berbanding negatif.. Tapi kadang-kadang Atikah kecewa dengan Fab yang x ambil peduli dengan masalah ini walaupun Atikah sedari dia lebih selesa menjawabnya dengan aksinya di tengah padang..

Mungkin Fab sudah penat meluahkan kesetiannya.. Dan mungkin juga Fab yakin yang fans Arsenal cukup mempercayainya 100%.. Namun apa yang Atikah pasti, selagi Wenger kekal terdapat 90% peluang untuk Fabregas stay di Arsenal.. Adios!!

1 comments:

zizie said...

asyik cedera je RVP ni.Aduh,Cam ne nie...kebanyakkan Kaki pemain negara belanda ni lembut2 ke.Org yg ckp,bukan zizie ckp.Tgk mcm Robben tu sebelum ni dia kan pernah injured dengan tempoh yg lama.

6.6.10

Post a Comment