10 May 2010

What a night for Arsenal

Arsenal menutup kempen yang turun naik dengan kemenangan besar menewaskan Fulham 4-0 untuk sah Arsenal kekal di tempat ketiga dan tidak perlu bersusah payah mengharungi play off Champions League.. Tahniah kepada Chelsea yang menang EPL (bilalah pulak giliran Arsenal nak menang EPL??)

Dengan Fulham rehatkan banyak tonggak utama mereka untuk final Europa League hari rabu ini (Semoga berjaya Fulham) dilihat Arsenal tidak berdepan banyak masalah untuk menang.. Dan tekaan tersebut betul.. Arshavin, RVP, Vela dan gol sendiri pemain Fulham melengkapkan kemenangan 4-0 Arsenal ke atas Fulham..

FABIANSKI
SAGNA-----CAMPBELL-----SILVESTRE-----CLICHY
EBOUE-----DIABY-----NASRI
WALCOTT-----RVP-----ARSHAVIN

Atikah x boleh nak komen banyak sebabnya Atikah tengok game takat gol kedua je.. Lepas tu kepala Atikah rasa nak meletup je.. Jadi terpaksalah masuk tido.. So Atikah rasa x payahlah Atikah buat post match.. Atikah hanya analisis serba sedikit permainan pemain Arsenal sampai mana Atikah tengok dengan ada 2 orang pemain yang cukup menarik perhatian Atikah untuk bahaskan sesuatu di sini..

Arshavin mugkin bagi gol pada perlawanan menentang Fulham semalam.. Tetapi ianya masih membuatkan Atikah lebih kecewa dengan dia.. Dia masih malas (bila dia rasa nak rajin dia rajin, bila dia malas, dia malas) dan sikap tamaknya masih ada.. Tengok jelah gol pertama perlawanan.. Bertapa tamaknya Arshavin.. RVP jelas sekali marah dan kecewa dengan Arsha..

Nasib baik masuk.. Kalau x memang habislah Arshavin.. Atikah x rasa Arshavin teruk.. Tetapi sikap tamak dan malasnya telah membuatkan dia nampak teruk.. Atikah harap sangat dia berubah musim depan.. Dan sikap cakap main lepas je dekat media pun patut dia baiki.. Sebabnya pemain Arsenal tidak perlu ada 3 sikap nie (malas, tamak dan cakap main lepas kat media)..

Clean sheet pertama Fabianski musim ini.. Kali ini Atikah bukan nak puji tapi nak luahkan sikit rasa kecewa dengan aksi Fabianski semalam.. Dia masih ada sikap teragak-agak dan gabra.. Dua sikap itu jelas hampir menyaksikan Fabianski dikritik terus sekali lagi kalau Arsenal tewas.. Cuba kita bandingkan prestasi Fabianski semasa dia konfiden dan x gabra dengan dia teragak-agak dan gabra..

Jelas sekali aksi dia jauh lebih menyinar semasa dia konfiden dan x gabra.. Fabianski ada bakat yang cukup bagus.. Tapi ketahanan mentalnya cukup lemah.. Atikah yakin kalau dia baiki ketahanan mental dan beberapa faktor penting sebagai goalkeeper untuk musim depan Wenger x payah pening kepala lagi dengan masalah penjaga gol..

Tapi Fabianski sememangnya lebih baik berbanding sebelum ini.. Fabianski mungkin hanya lambat belajar untuk mengimprovekan kekurangannya.. Tapi perkara paling penting yang Fabianski perlu improve untuk musim depan ialah ketahanan mentalnya.. Kalau ketahanan mentalnya lebih kuat, Atikah yakin dia akan jadi sebagus penjaga gol dunia..

Aksi Theo Walcott dan Van Persie semalam cukup menarik.. Walcott terus berada di prestasi terbaiknya dengan mencipta beberapa gerakan.. Sementara Van Persie pula nampaknya semakin menemui sentuhan pemusnahnya kembali.. Dan Nasri pula masih kurang konsisten tapi menampilkan aksi yang cemerlang semalam..

Malam tadi bukan sahaja malam gemilang untuk pasukan lelaki Arsenal, namun skuad ladies Arsenal disahkan juara Women's Premier League buat kali kedua belas dalam sejarah kelab dan yang ketujuh berturut-turut.. Trofi tersebut akan dijulang skuad Arsenal Ladies di Emirates Stadium hari rabu ini semasa perlawanan menentang Leeds..

Arsenal Ladies sebenarnya hanya perlukan 1 mata sahaja untuk memenangi liga.. Namun skuad Arsenal Ladies yang dikecewakan hari isnin minggu lepas oleh Everton untuk kejuaraan Piala FA membalas dendam dengan mengecewakan Everton sekali lagi dalam Premier League.. Gol Rachel Yankey, Julie Fleeting dan 2 gol dari Gemma Davison sudah cukup untuk Arsenal Ladies mencatatkan kemenangan 4-2 ke atas Everton.. Dan seterusnya sah juara Women's Premier League..

Tahniah skuad Arsenal Ladies dan nampaknya jawatan pengurus mereka, Laura Harvey tampaknya akan terjamin untuk mengendalikan pasukan musim depan.. Dan bila pulaklah nak tengok skuad Arsenal lelaki menang EPL tujuh tahun berturut-turut?? Nak cakap skuad Arsenal terlalu muda sama jugak dengan skuad Ladies..

Tapi gabungan menjadi antara pemain muda dan berpengalaman menjadi faktor kejayaan skuad ladies selama ini.. Seorang pemain bintang pergi, muncul pemain bintang yang baru.. Ditambah pula pemain muda ini dididik dan dibimbing oleh beberapa lagenda Arsenal Ladies.. Skuad lelaki pula cuma Campbell sajalah calon paling sesuai..

Harap-harap tahun depan Wenger akan beli beberapa pemain berpengalaman yang cukup berwibawa untuk mendidik dan membimbing pemain-pemain muda Arsenal ini.. Atikah yakin kalau ada 3-4 orang macam tu, skuad lelaki Arsenal pun boleh menang EPL tujuh tahun berturut-turut.. Adios!!

1 comments:

zizie said...

Musim dgn penuh kontrovesi..banyak pemain utama cedera..dan banyak pemin di kaitkan dgn perpindahan disebabkan Arsenal tidak menjuari apa dalam 5 musim terakhir...Apa nk jadi dgn kelab ni..aku kekadang kecewa dengan Wenger ni..Aku rasa dia nih dah tua..pemikiran pun da kurang kot..sebab tu arsenal tak juara apa2.kita harus tukar pengurus demi masa depan kelab dan peminat..

14.5.10

Post a Comment