05 May 2010

Campbell pertahankan Fabianski

Sol Campbell muncul pemain terbaru yang mempertahankan penjaga gol yang dikritik hebat, Lukasz Fabianski.. Campbell mahu fans Arsenal bersabar dengan proses pembelajaran Fabianski.. Campbell yakin lebih banyak Fabianski main dia akan lebih matang dan mampu menunjukkan apa yang dia mampu lakukan..

"Everybody goes through stages.. He's not played as many games as he would like to with [Manuel] Almunia being in there.. Sometimes that helps when you play more games.." Bukan hanya pengalaman sahaja Fabianski perlukan.. Dia perlukan nasib yang sering menyebelahinya seperti yang Mannone dapat..

Sementara itu Joe Hart dilaporkan muncul pemain yang berada di senarai teratas penjaga gol pilihan Arsene Wenger untuk bawa ke Emirates Stadium untuk kempen musim depan.. Wenger dilaporkan bersedia membuat tawaran kepada Man. City sebaik musim perpindahan dibuka.. Hart dilaporkan tidak akan menolak peluang untuk bermain bersama Arsenal jika Wenger menjanjikan aksi kesebelasan utama untuknya..

Namun dengan kecederaan terkini Shay Given.. Man. City agak keberatan untuk menjual Hart musim panas ini melainkan jika Given berjaya pulih sepenuhnya.. Namun jika Hart tidak akan ke North London.. Wenger sudah mempunyai pilihan lain..

Pemain tersebut ialah Gianluigi Buffon.. Buffon baru-baru ini tidak menolak kemungkinan akan meninggalkan Juventus musim panas ini untuk menyertai kelab EPL.. Namun Atikah tidak berapa setuju dengan kehadiran Buffon ke Arsenal.. Prestasi Buffon sudah mula merosot tidak seperti dahulu..

Jika Buffon hadir dan tetap melakukan kesilapan-kesilapan mudah.. Lebih baik Arsenal bergantung harap kepada Almunia, Fabianski, Mannone mahupun Szczesny.. Sama jugak.. Daripada membazir lebih kurang 10 juta pound untuk Buffon yang prestasinya mula merosot lebih baik save beli pemain lain..

Okey Atikah dah dapat email siapa pemain terbaik bulan April Arsenal.. Dan pemenangnya ialah Sol Campbell!! Aksi cemerlang Campbell sepanjang bulan April lalu sudah cukup untuk membuatkan fans Arsenal mengundinya mengatasi Bendtner.. Campbell menerima undian sebanyak 49.4% sementara Bendtner menerima 12.6% undian.. Nasri di tempat ketiga dengan 9.6% undian..

Untuk pemain terbaik bulan April edisi blog Atikah juga keputusannya hampir sama.. Campbell memenanginya dengan undian sebanyak 33% berbanding Bendtner yang memperoleh 24% undian.. Walcott (14%) ditempat ketiga dengan kelebihan undian sebanyak 1% berbanding Nasri.. Van Persie ditempat kelima dengan 10% undian dan Clichy di tempat terakhir dengan 6% undian.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment