31 March 2010

Pre-match : Arsenal VS Barcelona

Arsenal bersiap sedia menanti juara bertahan Eropah, Barcelona di Emirates Stadium pada pukul 2.40 pagi ini yang akan disiarkan secara langsung oleh Astro ESPN.. Misi sukar tetapi ianya tidak mustahil Arsenal mampu memenangi perlawanan ini..

Thomas Vermaelen akan kembali membarisi skuad Arsenal selepas pergantungan perlawanan dengan Cesc Fabregas pula mempunyai peluang 40% untuk terlibat selepas mengalami lebam di lutut dan kakinya.. Namun Fabregas menegaskan yang dia akan melakukan segala-galanya untuk memastikan dia beraksi malam ini untuk mengetuai Arsenal menewaskan Barcelona..

Sementara itu William Gallas mengejutkan staf perubatan Arsenal apabila memastikan dirinya tersenarai dalam pasukan untuk menentang Barcelona awal pagi ini selepas kembali menjalani latihan dan kembali cergas.. Namun nasib berbeza kepada Campbell yang dijangka direhatkan kerana tidak cergas..

Namun fan Arsenal masih perlu menanti untuk melihat kembali kemunculan penyerang prolifik Arsenal, Van Persie apabila namanya tidak tersenarai.. Sementara itu Barcelona seperti yang Atikah maklumkan semalam akan beraksi tanpa Andres Iniesta..

ALMUNIA
SAGNA-----GALLAS/SILVESTRE-----VERMAELEN-----CLICHY
FABREGAS------SONG------DIABY
NASRI-----BENDTNER-----ARSHAVIN

Namun jika Fabregas gagal melepasi ujian kecergasan atau hanya berada di bangku simpanan, Atikah menjangkakan Denilson atau Rosicky yang akan mengisi kekosongan yang akan ditinggalkan Fabregas..

Perkara yang paling utama pertahanan Arsenal perlu lakukan malam ini ialah mengawal dengan ketat pergerakan Lionel Messi dan Zlatan Ibrahimovic jika mahu mencerahkan peluang Arsenal menewaskan Barcelona dengan Song memastikan Xavi tidak mempunyai peluang untuk mencipta peluang gol untuk Barcelona..

Acara kemuncak malam ini sudah semestinya tidak lain dan tidak bukan kembalinya Theirry Henry buat pertama kalinya di Emirates Stadium sebagai seorang pemain Barcelona.. Namun pertarungan Fbaregas menentang bekas rakan sepasukannya di kelab remaja Barcelona iaitu Gerard Pique dan Lionel Messi lebih menarik perhatian..

Siapa yang lebih hebat?? Messi atau Fabregas?? Siapa yang akan mengetuai pasukan masing-masing untuk menang suku akhir Champions League first leg malam ini?? Adakah Arsenal berjaya membalas dendam atau Arsenal terus dikecewakan.. Dan adakah rekod 3 tahun lepas berjaya diulang kembali..

Arsenal tewaskan juara bertahan Eropah sewaktu iatu iaitu AC Milan dengan agregat 2-0 di peringkat yang sama?? Segala-galanya akan terjawab awal pagi ini.. Go Arsenal!! Adios!!

0 comments:

Post a Comment