07 March 2010

Kemenangan untuk Rambo



Arsenal berjaya menewaskan Burnley 3-1 hasil gol dari Fabregas, Walcott dan juga Arshavin.. Sebelum perlawanan ini pemain-pemain Arsenal memakai t-shirt 'Get Well Soon Aaron' dan stadium juga dipenuhi dengan banner seperti 'One Aaron Ramsey' dan juga 'Do It For Rambo!'..

Arsenal mendahului pada minit ke-34 selepas through ball cantik dari Nasri berjaya ditolak kemas Fabregas untuk menewaskan Jensen.. Namun 4 minit kemudian Fabregas terpaksa dikeluarkan selepas mengalami kecederaan hamstring.. Masih belum dapat dipastikan bila Fabregas akan kembali..

Theo Walcott yang dikritik semasa mewakili England yang lalu datang ke Arsenal dengan menampilkan aksi yang semua fan Arsenal tunggu selama ini.. Shoot on target, passing cantik dan larian yang memukau.. Tidak dapat disangkal lagi Walcott merupakan man of the match pada perlawanan semalam..

Selepas Arsenal diikat kedudukan.. Theo Walcott merembat cantik ke penjuru hasil gerakan individunya bersama passing dari Bendtner pada minit ke-60 untuk memastikan Arsenal kembali mendahului..

Arshavin pula kembali menjaringkan gol selepas meledak gol ketiga Arsenal selepas menerima hantaran dari Eduardo sebelum merembat menewaskan Jensen di gawang Burnley untuk 3 mata penuh yang pasti pada masa kecederaan..

Nicklas Bendtner beraksi cemerlang semalam kecuali nasib malangnya di hadapan pintu gol.. Jika Bendtner lebih tajam dan tenang di hadapan pintu gol pasti fan akan melihat Arsenal membelasah mudah Burnley.. Atikah harap Bendtner akan kembali tajam dan tenang di hadapan pintu gol untuk membantu Arsenal memalukan Porto selepas ini.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment