01 March 2010

Kami akan menang EPL for Ramsey -Bendtner-

Nicklas Bendtner telah menyuarakan hasratnya untuk membantu Arsenal menjulang trofi kejuaraan EPL dan menghadiahkannya kepada Aaron Ramsey yang terlantar di hospital selepas menjalani pembedahan untuk membetulkan kembali keretakkan di tulang kering dan tulang betisnya selepas diterjah keras Ryan Shawcross..

"Secara jujurnya saya tidak peduli dengan gol saya dan kemenangan.. Aaron merupakan salah seorang dari kawan baik saya dan semua keprihatinan saya bersamanya.. Ianya merupakan kecederaan yang cukup mengerikan.."

Bendtner yang merupakan pemain yang cukup hampir dengan kejadian tersebut mengakui tackle tersebut agak gila namun ianya bukanlah kerana hasad dengki.. "Saya berdiri bersebelahan dengan Aaron apabila ianya berlaku.. Dan secara tiba-tiba tiada sebarang keraguan dia telah mematahkan kakinya.."

Ianya cukup teruk.. Betul-betul tackle gila dari Ryan Shawcross.. Dan dia betul-betul menerjah keras Aaron.. Saya tidak percaya yang sesiapa saja dengan sengaja mahu membuat kecederaan kepada pemain lain, rakan profesional.. Tetapi cara dia melakukan terjahan tersebut out of control dan ianya tidak akan ke mana-mana.."

"Sepanjang saya melihat di atas padang, kesemua pemain dari kedua-dua pasukan terkejut.. Begitu juga dengan saya.. Kerana semua orang boleh melihatnya berapa teruknya kejadian tersebut.. Thomas Sorenson datang kepada saya, dan kami berdua cukup terkejut.."

"Selepas perlawanan kami diberitahu yang Aaron mungkin akan diketepikan dalam tempoh 6 ke 9 bulan.. Dan saya rasa ianya cukup menyedihkan untuk Aaron.. Aaron terlalu muda.. Saya fikir tentang bertapa teruknya perasaan saya semasa diketepikan selama 3 bulan kerana kecederaan groin.."

"Dan ianya jauh lebih teruk untuk Aaron.. Tetapi sekarang ini kami akan pergi dan memenangi kejuaraan liga untuk Aaron.."

Kenapa semua orang asyik cakap kaki Ramsey patah walaupun doktor mengesahkan yang tulang kering dan betis Ramsey hanya retak.. Keretakkan yang serius.. Kakinya yang terkulai tersebut boleh membawa banyak makna seperti bad dislocation..

Kalau kita asyik cakap kakinya patah dan ianya benar-benar berlaku macam mana?? So cuba dengar apa yang doktor cakap.. Ianya hanya fracture.. Adakah dalam kamus fracture itu membawa masuk patah?? Tidak.. Ianya hanya retak.. So pleaselah berhenti cakap yang kaki Ramsey patah..

Patah dan retak jauh sekali berbeza.. Dan tulang yang retak jauh lebih cepat sembuh berbanding tulang yang patah.. Dan dengan usia Ramsey yang masih muda tulangnya boleh sembuh lebih cepat dari yang dijangka.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment