28 February 2010

Berita baik dari Ramsey

Aaron Ramsey membawa berita baik selepas pembedahan yang dijalani berjalan lancar dengan doktor telah mengesahkan tulang betis dan tulang kering kaki kanannya hanya retak dan pembedahan telah dilakukan untuk membaiki keretakkan tersebut..

Namun staf perubatan Arsenal tidak mahu memberikan sebarang harapan untuk Ramsey kembali semula musim ini dengan Ramsey dijangka terlepas aksi sepanjang musim ini.. Dan doa setiasa mengiringi Ramsey supaya cepat sembuh..

Berita ini sudah semestinya menceriakan kem dan peminat Arsenal kerana tulang kaki Ramsey tidak patah.. Atikah rasakan yang jika semuanya berjalan lancar mungkin masih ada kemungkinan dia kembali semula musim ini..

Namun bagi Atikah biarlah Ramsey mengambil masanya untuk kembali sembuh.. Kerana sudah semestinya kita tidak mahu terdapat sebarang komplikasi dengan kecederaan Ramsey ini.. Apa-apa pun setiap doa tetap akan mengiringi Aaron Ramsey dalam tempoh pemulihannya..

Atikah sekali lagi nak menegaskan kepada sesiapa yang memarahi Shawcross atas kecederaan Ramsey tolonglah hentikan.. Kerana Shawcross jelas sekali tidak sengaja kerana ianya merupakan 50-50 challenge dan Ramsey bernasib malang sewaktu itu.. Dan Wenger sendiri menganggap yang pergantungan 3 perlawanan cukup melampau untuk Shawcross..

Ianya seperti kes musim lepas di mana rakan baik Cesc Fabregas, Xabi Alonso secara tidak sengaja menackle keras Fabregas dalam pertarungan 50-50 challenge.. Namun Fabregas bernasib baik kerana dia tidak memerlukan pembedahan dengan keretakkan di tulangnya itu kerana keretakkan tersebut tidak terlalu serius..

Berita terakhir ialah dilaporkan Arsenal berada di peringkat akhir perundingan untuk mendapatkan khidmat Chamakh musim depan secara percuma selepas Ivan Gazidis melakukan perbincangan dengan ejen Chamakh.. Namun dijangka tiada sebarang pengesahan dari Arsenal sehingga tamat musim ini jika perbincangan berjalan lancar kerana mahu menghormati majikan Chamakh sekarang ini.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment