14 February 2010

Berita sensasi

Dengan Marouane Chamakh dilaporkan telah menandatangani pra kontrak bersama Arsenal sehari selepas Barcelona menafikan Fabregas akan menyertai mereka musim depan timbul lagi satu berita tentang Fabregas akan menyertai Barcelona selepas sehari Chamakh dilaporkan menjadi milik Arsenal musim depan..

Kali ini muncul khabar angin yang Barcelona akan mengikut jalan yang betul untuk mendapatkan khidmat Fabregas dengan akan menawarkan tawaran bernilai 60 juta pound berserta gaji mingguan sebanyak 200 ribu pound..

Atikah memang dah cukup serik dengan berita nie.. Tapi dalam masa yang sama cukup sakit hati dengan media Sepanyol dan Britian.. Sampai bilalah mereka akan berhenti mereka cerita?? Sampai Fabregas ditawarkan gaji mingguan 1 juta pound seminggu dari Arsenal dan menandatangani kontrak bersama Arsenal sampai bersara??

Atikah nak tegaskan sekali lagi semua cerita ini memang sampah.. Anda semua jangan fikirkan sangat tentang kebenaran cerita ini.. Nasihat Atikah ialah kita perlu percaya dengan komitmen Fabregas dan teruskan yakin yang Fabregas akan kekal bersama Arsenal walaupun suatu hari nanti dia akan tinggalkan Arsenal.. Namun dalam bola sepak tiada yang mustahil..

Mari kita cerita tentang Robin Van Persie pula.. Van Persie mendedahkan mengapa dia membuat keputusan untuk kekal bersama Arsenal dengan menandatangani kontrak jangka masa panjang akhir musim lepas..

Van Persie dilaporkan menolak tawaran lumayan dari Chelsea, Manchester City, Juventus dan Inter Milan sebelum menandatangani kontrak lanjutan bersama Arsenal.. Menurut Van Persie hatinya cukup menyayangi Arsenal dan London sehingga dia membuat pilihan untuk kekal bersama Arsenal..

"Ianya cukup bagus 4 pasukan gergasi mahukan saya.. Namun saya perlu tolak tawaran mereka.. Bila kamu mahu pergi, sebagai pemain, saya tidak rasa ianya mudah kerana apabila anda berpindah ke Arsenal ianya kerana hati anda memilihnya.." Adios!!

2 comments:

FakhruL_razi said...

k0mitmen cm van persie yg arsenal prlukn..
arap2 pa yg kak tikah ckp sal fbregas 2 btol..
h0pe sgt dy stay..

18.2.10
zizie said...

aku pun rasa cam tu...
komitmen mck RVP perlu ada dalam semua pemaim muda Arsenal...

18.5.10

Post a Comment