Ireland milik Arsenal musim depan??

Afoebe yang mula menyertai akademi Arsenal sejak berusia 8 tahun beraksi cemerlang musim ini selepas menjaringkan 12 gol dalam hanya 17 perlawanan musim ini bersama skuad simpanan Arsenal..

Bendtner memastikan dia masih berada di prestasi hampir terbaiknya setelah berehat hampir 3 bulan selepas menjalani pembedahan hernia.. Bendtner yang baru sahaja berusia 22 tahun diakui masih perlu banyak belajar dan mengimprovekan dirinya setiap masa untuk memastikan dia muncul sebagai salah seorang penyerang terbaik dunia..
Selepas dipuji Wenger atas aksi cemerlangnya membantu Arsenal menang 2-0 menentang Sunderland, Bendtner mahu menunjukkan yang Wenger cukup tepat mempercayainya selama ini dengan menampilkan aksi memukau di atas padang..


Namun atas beberapa kesilapan dan beberapa kali menampilkan aksi yang kurang menyakinkan telah membuatkan Liam Brady menolak kemungkinan melanjutkan kontrak Obed.. Obed dijangka akan menyertai Leeds sebaik kontraknya bersama Arsenal tamat bulan Mei ini..

Ireland sejak musim panas lepas lagi berjaya menarik perhatian Wenger sebelum membuat keputusan kekal di Eastland.. Ireland diakui beraksi cemerlang musim lepas dan agak tenggelam musim ini selepas Man. City dibanjiri pemain bertaraf bintang..
Namun kommitmennya semasa bermain mungkin merupakan salah satu faktor Wenger jatuh cinta dengan aksi Ireland selain bakat yang Ireland ada.. Namun Arsenal akan menentang Tottenham jika berminat mendapatkan khidmat Ireland.. Namun ianya masih lagi khabar angin yang Atikah x dapat nak mengesahkan jika Wenger betul-betul berminat membawa Ireland ke Emirates musim panas ini.. Adios!!
0 comments:
Post a Comment