Campbell salahkan pengadil
Sol Campbell mendedahkan yang pengadil telah menghalang pergerakannya daripada membantu Arsenal semasa Porto mengambil indirect free kick dan memberikan Porto peluang yang cukup cerah menjaringkan gol kemenangan di mana Fabianski masih lagi menunjukkan ketidakpuasan hatinya kepada penjaga garisan.."Dia (pengadil) mengambil bola tersebut, tapi selepas itu pengadil berada di hadapan saya dan secara basicnya memberikan mereka (Porto) kelebihan.. Saya tidak boleh ke hadapan bola.. Dia secara basicnya menghalang saya dari pergi ke arah bola.."
Ini meletakkan hanya Vermaelen satu-satunya pemain yang sedar yang Porto mengambil indirect free kick secara pantas.. Kapten pasukan, Cesc Fabregas walaupun kecewa dengan gol bodoh yang dilepaskan Fabianski.. Masih memback up Fabianski dengan menegaskan indirect free kick tersebut tidak patut diberikan.. Kerana Campbell secara x sengaja menyentuh bola tersebut..
Dan menurut undang-undang bola sepak.. Ianya tidak perlu diberikan sepakan percuma di dalam kotak penalti jika penjaga gol menangkap bola yang dipassing kepadanya daripada rakan sepasukan melainkan jika ianya tidak sengaja ataupun bola tersebut terbias terkena rakan sepasukannya..
"Lukasz merupakan seorang yang kuat dan kami perlu berada di sisinya.. Kadang kala anda muda dan beraksi dalam perlawanan besar, perkara sebegini akan berlaku kepada anda.. Dia merupakan penjaga gol yang bagus.. Dia ada karakter yang bagus dan saya yakin dia akan kembali.." Ujar Fabregas..
Sejujurnya Atikah sememangnya kecewa dengan aksi dan bola yang dilepaskan Fabianski semalam.. Namun dari sudut positifnya ianya itu merupakan kesilapan pertamanya seumpama itu dan dia boleh belajar dari kesilapan tersebut.. Atikah harap sangat yang dia tidak sebodoh ini sekali lagi..
Walaupun selama ini dia beraksi agak down.. Tetapi ada beberapa ketika dia akan beraksi cemerlang.. Namun kali ini semuanya memang mengecewakan.. Lagi pun ini baru perlawanan keempatnya di dalam Champions League.. Dan sejujurnya dia masih gagal mempunyai pengalam yang cukup untuk pentas Champions League..
Sewaktu perlawanan pertamanya dalam Champions League musim ini iaitu semasa skuad muda Arsenal tewas 1-0 ke atas Olympiakos.. Fabianski diakui beraksi cemerlang pada perlawanan tersebut.. Jika Fabianski berjaya beraksi seperti itu mungkin Fabianski tidak akan disalahkan atas kekalahan ini..
Tapi itulah bola.. Banyak kontroversi.. Keputusan yang diluar dugaan.. Prestasi turun naik pemain.. Dan kebanyakan perlawanan ditentukan dengan hanya nasib.. Terutama sekali dalam saingan Champions League.. Kali ini Arsenal tidak bernasib baik untuk mencatatkan kemenangan dan terpaksa menerima kepahitan kekalahan ini tanpa menyalahkan mana-mana pemain..
Ingat Arsenal merupakan pasukan yang bermain secara berpasukan.. Kesilapan seorang pemain tidak akan menewaskan Arsenal.. Dan kecermelangan seorang pemain juga tidak akan memenangkan Arsenal.. Jadi bila tewas semua pemain bermain teruk dan bila menang semua pemain beraksi cemerlang.. Apa yang kita perlu pada perlawanan itu hanyalah nasib yang menyebelahi kita untuk menang.. Adios!!
1 comments:
emmm..
19.2.10campbell p0n x sngka b0la 2 nk kna kki dya..
Post a Comment