20 February 2010

Pre Match : Arsenal VS Sunderland

Malam ini Arsenal akan menentang Sunderland yang menewaskan kita 1-0 sebelum ini.. Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di Astro ESPN pada pukul 10.55 malam ini.. Wenger telah pun memberikan lampu hijau untuk Fabianski beraksi malam ini jika Almunia gagal melepasi ujian kecergasan..

Wenger menegaskan dia tidak ragu-ragu untuk terus mengunakan khidmat Fabianski yang dikritik hebat khamis lalu memandangkan disebalik gol bodoh yang dilepaskannya Fabianski masih mampu menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya dari pemain Porto sambil menegaskan yang Fabianski mengalami malam yang tidak cukup bernasib baik untuknya malam itu..

Wenger terus menerus memarahi pengadil perlawanan semasa kekalahan 2-1 Arsenal hari Khamis lalu dengan mahukan UEFA meletakkan pengadil yang cukup bagus untuk mengadili perlawanan peringkat Champions League.. Dan Wenger juga sempat menyenaraikan 5 kesalahan utama pengadil pada perlawanan tersebut..

"The technical errors were: first he did not give the free-kick at the point where it happened.. Then he did not stand in the right position.. Then he did not put the players at the proper distance.. Then he should not have given a quick free-kick [and allowed them to] play once he is in the middle of the action.."

"Also he didn't raise his arm [for an indirect free-kick] until it was too late.. In that particular incident that is five technical mistakes in the same moment of the game.. He takes the ball five yards from the goal, puts it down and says ‘play and score'.. It is ridiculous.."

Dalam masa yang sama juga Wenger takut Fabregas cukup berwibawa sehingga mampu memusnahkan dirinya untuk memimpin Arsenal memenangi trofi kejuaraan untuk memastikan Fan Arsenal tidak lagi mengalami kekecewaan untuk 5 musim berturut-turut tiada trofi untuk Arsenal..

"Dia berada di dalam tekanan.. Terlalu banyak tanggungjawab.. Untuk seorang budak yang masih muda.. Dia baru 22 tahun.. Ramai yang lupanya.. Dan dia memikul tanggungjawab yang sangat berat di bahunya.. Secara peribadi bagi saya dia melakukan tugasnya dengan cukup baik sekali.."

Penyerang berusia 18 tahun skuad simpanan Arsenal iaitu Gilles Sunu secara rasminya menyertai Derby secara pinjaman sehingga tamat musim ini.. Namun apa yang merisaukan Atikah ialah kontrak penyerang yang dikatakan pengganti Henry ini akan tamat sebaik sahaja musim ini tamat.. Menurut spy Atikah, Sunu telah menolak tawaran kontrak lanjutan dari pengurusan Arsenal..

Okey Atikah mulakan pre match perlawanan malam ini dengan berita kecederaan dulu.. Gallas dan Almunia dijangka kembali namun ianya bergantung jika kedua-dua mereka berjaya melepasi ujian yang akan disediakan staf perubatan Arsenal sebelum perlawanan ini.. Sementara Song dan Arshavin pula disahkan akan terlepas aksi perlawanan ini..

FABIANSKI/ALMUNIA
SAGNA-----CAMPBELL/GALLAS-----VERMAELEN-----CLICHY
FABREGAS-----DENILSON-----DIABY
NASRI-----BENDTNER-----ROSICKY

0 comments:

Post a Comment