Arsenal 3 - 1 Stoke
Arsenal berjaya menang 3-1 ke atas Stoke semalam.. Dan merapatkan jurang dengan Chelsea dengan hanya 3 mata.. Namun kemenangan ini gagal memberikan kegembiraan kepada pemain mahupun peminat selepas permata Arsenal iaitu Aaron Ramsey patah kaki selepas ditackle Ryan Shawcross..Atikah sejujurnya agak tidak selesa nak buat post match selepas apa yang berlaku kepada Aaron Ramsey yang digelar sebagai the new Fabregas oleh kebanyakan fan Arsenal.. Namun Atikah akan ringkaskan dengan melebihkan sedikit tentang tahap kecederaan Aaron Ramsey..
Arsenal terlebih dahulu ketinggalan sebelum Bendtner memastikan Arsenal mengikat Stoke sebelum menuju ke bilik persalinan selepas hantara cantik Fabregas ditanduk dengan cukup bergaya oleh Bendtner ke penjuru gawang Stoke..
Arsenal beraksi cemerlang pada separuh masa kedua sebelum kesemua pemain bersedih selepas Aaron Ramsey mengerang kesakitan di atas padang selepas ditackle keras Ryan Shawcross.. Selepas Ramsey dibawa keluar jelas sekali pemain Arsenal kehilangan rentak dan masih bersedih atas apa yang terjadi kepada Ramsey..
Pada minit ke-90 Arsenal dihadiahkan sepakan penalti selepas bola terkena tangan pemain Stoke di dalam kotak penalti.. Fabregas dengan tenang kali ini menewaskan Thomas Sorenson selepas dikecewakan di Emirates Stadium.. Dan kapten pasukan ini menghadiahkan gol tersebut kepada 'adik kembarnya' Aaron Ramsey..
Thomas Vermaelen menjaringkan gol ketiga perlawanan semasa masa kecederaan selepas rembatan dari luar kotak penalti Rosicky gagal ditangkap kemas penjaga gol sebelum Fabregas mencuri bola tersebut dan passing kepada Vermaelen yang hanya perlu menolak masuk gol tersebut..
Okey Atikah akan buat artikel khas atas kecederaan Aaron Ramsey berbanding terus menambahnya di artikel ini.. Adios!!
0 comments:
Post a Comment