27 February 2010

Pre Match : Arsenal vs Stoke City


Arsenal akan bertandang ke Stoke City awal pagi ini dimana Astro Star Sports akan menyiarkan perlawanan ini secara langsung pada 1.25 pagi ini.. Tiada berita yang mengembirakan di mana Diaby, Arshavin dan Gallas disahkan akan terlepas perlawanan ini dengan Eduardo mempunyai peluang 50-50 selepas kembali berlatih semalam..

Dengan ketiadaan Gallas, Campbell dijangka beraksi pada perlawanan ini jika berjaya mengelakkan diri dari sebarang kecederaan sebelum perlawanan.. Bendtner sudah semestinya akan terus mengetuai jentera serangan Arsenal sambil dibantu Nasri.. Dengan Eduardo, Rosicky dan juga Walcott akan bersaing untuk disenaraikan bersama mereka..

Dengan ketiadaan Diaby, Denilson, Rosicky dan juga Ramsey dijangka akan mengisi kekosongan tersebut.. Kehadiran Eboue untuk membarisi kesebelasan utama juga agak samar walaupun beraksi cemerlang minggu lepas.. Namun apa yang penting ialah setiap pemain yang disenaraikan pada perlawanan beraksi cemerlang untuk menewaskan Stoke City..

Jika Arsenal mahu menang, hanya satu cara saja yang boleh kita lakukan.. Bertahan dengan cemerlang semasa Delap membuat lontaran ke dalam.. Dan kita akan selamat.. Dan bertahan dengan lebih cemerlang semasa set piece kerana itu sahajalah kelebihan Stoke untuk menewaskan kita..

Kita sememangnya perlu menang perlawanan ini jika mahu terus memberi saingan sengit kepada Chelsea dan juga Man. Utd sambil berharap Man. City menewaskan Chelsea malam ini.. Adios Amigos.. Go Arsenal!!

0 comments:

Post a Comment