21 February 2010

Arsenal 2-0 Sunderland

Arsenal berjaya menampilkan aksi cemerlang semasa menundukkan Sunderland 2-0 untuk merapatkan jurang kepada 2 mata dengan Manchester United yang tewas 3-1 dengan Everton semalam dan hanya dibezakan 6 mata dengan pendahulu liga Chelsea..

ALMUNIA
EBOUE-----VERMAELEN-----SILVESTRE-----CLICHY
RAMSEY-----SONG-----FABREGAS
WALCOTT-----BENDTNER-----NASRI

Almunia dan Song pada saat-saat akhir berjaya menyerap masuk ke dalam pasukan selepas berjaya pulih dari kecederaan masing-masing dan Wenger merehatkan Campbell dengan meletakkan Silvestre bergandingan bersama Vermaelen selepas Gallas gagal pulih dari kecederaannya..

Arsenal mendahului pada minit ke-27 selepas Eboue bijak memperdayakan beberapa pemain Sunderland sebelum masuk ke dalam kotak penalti dan cuba membuat percubaan ke arah sudut gol namun tersasar.. Tetapi Bendtner berada di posisi yang tepat untuk menolak bola tersebut.. Walaupun pemain Sunderland kata Bendtner offside, namun hakikatnya Bendtner bijak memastikan dirinya berada dalam keadaan onside..

Fabregas dijatuhkan di dalam kotak penalti pada masa tambahan perlawanan dan Fabregas memastikan dia tidak lagi akan dikecewakan apabila merembat padu ke gawang Sunderland untuk menewaskan Gordon..

Atikah yakin anda tidak akan mempersoalkan pilihan Atikah sebagai pemain terbaik perlawanan kepada Emmanuel Eboue yang tanpa ragu-ragu lagi beraksi cemerlang dan kerap kali membuka ruang untuk penyerang Arsenal dan beberapa kali hampir menjaringkan gol untuk dirinya..

Theo Walcott juga seakan-akan kembali memperoleh sentuhan terbaiknya selepas beraksi cemerlang seperti yang diharapkan fan Arsenal.. Nampaknya jika Walcott terus beraksi seperti ini semasa menentang Porto nanti, ianya semakin mencerahkan Arsenal untuk memalukan Porto yang berlagak itu pula.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment