05 February 2010

Berita kecederaan terkini

Abou Diaby yang dijangka beraksi menentang Chelsea hari ahad ini masih belum dapat dipastikan.. Peluang Diaby beraksi hari ahad ini ialah 50-50 selepas sampai hari ini Diaby masih gagal pulih sepenuhnya dari kecederaan betis yang pernah menyaksikannya terlepas hampir 2 bulan perlawanan..

Sol Campbell yang pada saat-saat akhir mengalami kecederaan groin semasa semakin hampir mengantikan Vermaelen sewaktu menentang MU dilaporkan Wenger telah pun mula menjalani latihan selepas pulih sepenuhnya dari kecederaan tersebut..

Eduardo yang semakin hampir mencapai semula prestasi terbaiknya disahkan Wenger akan terlepas perlawanan penting Arsenal sekali lagi semasa menentang Chelsea selepas Eduardo gagal untuk pulih dari kecederaan hamstring yang dialaminya semasa seri 0-0 semasa menentang Aston Villa..

Carlos Vela menambahkan lagi masalah di bahagian jentera serangan Arsenal selepas masih gagal pulih dari kecederaan lutut yang di alaminya sebelum menentang Man. Utd minggu lepas.. Dari hari ke hari nampaknya masalah kecederaan penyerang Arsenal semakin parah sehingga Arshavin terpaksa menjadi penyerang bidan terjun.. Namun nasib baiklah Walcott kembali pulih dan bersedia untuk beraksi menentang Chelsea..

Johan Djourou menceriakan kem Arsenal selepas memberikan berita gembira dengan tahap pemulihannya selepas staf perubatan Arsenal menjangkakan yang Djourou akan kembali menjalani latihan dalam tempoh 2 bulan lagi selepas dijangka terlepas kesemua perlawanan musim ini.. Dan menurut Wenger kita perlu sedikit bersabar untuk melihat Djourou kembali beraksi..

Tahap pemulihan Van Persie juga cukup baik dan seperti yang dijangka Van Persie akan kembali berlatih bersama pasukan pada bulan April nanti dengan awal-awal lagi Wenger menegaskan sebelum bulan April Van Persie x akan kembali bersama pasukan..

Nicklas Bendtner yang sudah semestinya akan beraksi dalam kesebelasan utama hari ahad ini memandangkan Eduardo gagal pulih seperti yang dijangka berjanji mahu menampilkan aksi terbaiknya selepas pulih dari kecederaan.. Dan sememangnya Atikah x sabar nak lihat aksi terbaik Bendtner semula.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment