11 February 2010

Arsenal kembali menang !!

Arsenal meneruskan rentak cemerlang semasa menentang Liverpool di tempat sendiri selepas menang 1-0 mengatasi Liverpool yang berlagak sebelum perlawanan yang yakin mampu menewaskan Arsenal dan tidak dibolosi gol..

Agak banyak keputusan kontroversi yang dilakukan pengadil tapi Arsenal sememangnya berhak menang perlawanan ini.. Ini merupakan kemenangan ke 300 Arsenal di bawah bimbingan Arsene Wenger dalam saingan liga.. Sementara ini pula kemenangan ke 450 Arsenal ke atas Liverpool di bawah bimbingan Wenger dan juga buat 10 tahun Arsenal gagal ditumpaskan di tempat sendiri semasa menentang Liverpool..

ALMUNIA
EBOUE-----GALLAS-----VERMAELEN-----CLICHY
FABREGAS-----SONG-----DIABY
NASRI-----BENDTNER-----ARSHAVIN

Abou Diaby muncul wira selepas hantaran silang dari Tomas Rosicky berjaya ditanduk Diaby pada minit-72 selepas cubaan demi cubaan Arsenal sebelum itu berjaya dipatahkan.. Ini merupakan gol ketujuh Diaby musim ini dalam semua perlawanan..

Wenger yang ditanya tentang penalti minit akhir yang tidak diberikan pengadil kepada Liverpool selepas Fabregas jelas menahan bola dengan tangannya menegaskan yang sepakan percuma tersebut tidak perlu diberikan.. Atikah memang setuju sebenarnya Gerrard jatuh tanpa ada sentuhan dari Fabregas kalau ada pun mungkin sedikit.. Dan tentang hand ball tu ianya jelas sedikit keluar dari kotak penalti..

Arsenal juga patut diberikan penalti selepas Bendtner dijatuhkan Agger di dalam kotak penalti namun Bendtner dikatakan diving.. Namun rakaman video menafikannya apabila ada sedikit sentuhan dari Agger kepada Bendtner.. Dan bercerita tentang Bendtner, Bendtner beraksi cemerlang walaupun tahap kecergasannya diragui..

Sememangnya kehadiran Bendtner pada perlawanan ini banyak memberikan impak kepada Arsenal.. Dan perjudian Wenger untuk menurunkan Bendtner selama 81 minit memang berbaloi.. Harap-harap Bendtner kembali menemui tahap kecergasannya secepat yang mungkin..

Sementara itu William Gallas beraksi cemerlang dan layak diberikan anugerah pemain terbaik perlawanan apabila acap kali mematahkan percubaan oleh pemain Liverpool.. Namun di bahagian pertahanan Eboue, Vermaelen dan Clichy juga patut dipuji tapi Gallas tetap menjadi pilihan Atikah menjadi pemain terbaik perlawanan..

Manuel Almunia juga patut dipuji selepas menampilkan aksi manyakinkan pada perlawanan ini dan sedikit sebanyak membantu Arsenal mencatatkan kemenangan pada perlawanan ini.. Sedikit berita kecederaan.. Nasri dikeluarkan pada perlawanan tadi selepas pening kepala.. Sementara Arshavin pula mengalami kecederaan hamsring..

Owen Coyle pula memuji aksi Wilshere dalam debutnya semalam.. Dan menganggap Wilshere mempunyai masa depan yang cerah dan mereka cukup bertuah memiliki Wilshere.. Atikah harap jangan Owen Coyle nak beli Wilshere nanti sudah la..

Sementara itu akhirnya Barcelona menafikan yang Fabregas akan menyertai mereka musim panas ini.. Dan Fabregas juga menegaskan yang dia hanya mahu fokus kepada Arsenal.. "They denied it, I've denied it.. I just want to focus on Arsenal.. Arsenal FC is above every single player in their history. The fans and myself deserve a little bit more respect.."Adios!!

0 comments:

Post a Comment