06 February 2010

Wenger - I am responsible for United defeat

Wenger mahu semua peminat Arsenal mengetahui yang dialah orang yang bertanggungjawab atas kekalahan 3-1 Arsenal kepada MU hujung minggu lalu.. Wenger jelas tidak mahu fan Arsenal menyalahkan pemainnya atas keputusan yang jelas mengecewakan hampir kesemua peminat setia Arsenal..

Wenger juga tampil memback up Arshavin yang dikritik hebat selepas mempersia-siakan hampir kesemua peluang Arsenal pada perlawanan tersebut.. Atikah akui yang Arshavin beraksi cemerlang pada perlawanan tersebut.. Tapi kalau acap kali mempersia-siakan peluang siapa yang tidak kecewa??

Terutama sekali prestasi Arshavin agak merudum selepas Rusia gagal melayakkan diri ke Piala Dunia.. Dengan ketiadaan penyerang sudah semestinya peminat Arsenal teramat-amat bergantung harap kepada Arshavin untuk menjaringkan gol.. Namun Arshavin gagal melakukannya walaupun fan Arsenal tahu dia mampu melakukannya..

Atikah harap selepas ini Arshavin berjaya memulihkan kembali reputasinya yang jelas sekali tercalar selepas perlawanan menentang MU.. Atikah juga mahu Almunia beraksi secermelang yang mungkin untuk memulihkan maruahnya selepas melakukan kesilapan yang mengundang padah untuk Arsenal semasa menentang MU minggu lepas..

Arsene Wenger membuat pendedahan yang fan Arsenal cukup hampir untuk melihat seorang pemain baru datang ke Arsenal lebih kurang beberapa jam pintu perpindahan ditutup.. Namun perpindahan tersebut gagal berjalan lancar dan jelas sekali ianya mengecewakan ramai fan Arsenal apabila tiada seorang pemain pun dibawa masuk pada bulan Januari..

Wenger jelas menegaskan dia sama sekali tidak akan memberitahu siapa pemain tersebut.. Sepanjang bulan perpindahan yang lalu tiada seorang pun pemain Wenger bawa masuk.. Tapi ramai pemain skuad simpanan Arsenal dipinjamkan ke kelab-kelab lain sepanjang bulan Januari yang lalu..

Namun tiada sebarang penambahan dalam skuad utama.. Skuad Arsenal Ladies yang dah cukup hebat pun masih membawa masuk seorang penyerang berusia 19 tahun iaitu Ruesha Littlejohn seminggu sebelum pasaran perpindahan ditutup.. Dan telah pun buat debutnya semasa menentang Chelsea 2 minggu lalu di mana Arsenal Ladies menang 2-1.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment