Injury news update
Sebelum Atikah mulakan artikel ini.. Atikah mahu mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya untuk pengurus baru Arsenal Ladies yang baru dilantik semalam iaitu Laura Harvey selepas Tony Gervaise melepaskan jawatannya sebagai pengurus Arsenal Ladies yang baru dipegangnya selama 8 bulan.. Untuk berita selanjutnya sila ke blog Arsenal Ladies Malaysia..Arsenal berdepan masalah kecederaan yang berlanjutan selepas beberapa pemain yang menewaskan Liverpool awal pagi khamis lalu mengalami kecederaan di mana Arsenal bersiap sedia untuk menentang FC Porto dalam peringkat kalah mati Champions League minggu depan..
Samir Nasri yang dikeluarkan pada separuh masa pertama semasa menentang Liverpool awal pagi Khamis lalu akibat kecederaan kepala di mana Nasri dilaporkan pening di jangka kembali membantu jentera serangan Arsenal selepas mendapat rehat yang secukupnya..
Penglibatan Arshavin untuk membantu Arsenal menundukkan Porto minggu depan berada di dalam keraguan selepas mengalami kecederaan hamstring semasa menentang Liverpool.. Ianya bergantung sama ada tahap kecederaan hamstringnya teruk atau pun tidak..
Namun tahap kecederaan Song yang cukup merisaukan staf perubatan Arsenal.. Semasa perlawanan menentang Liverpool jelas sekali Song tiada masalah kecederaan namun selepas itu Song disahkan mengalami kecederaan ligamen lutut.. Ianya sudah semestinya cukup merisaukan namun Atikah yakin staf perubatan Arsenal akan berusaha sedaya upaya mereka untuk memastikan Song kembali minggu depan.. Adios!!
0 comments:
Post a Comment