28 February 2010

Tragedi for Aaron Ramsey

Mimpi ngeri 3 tahun lepas berulang sekali lagi.. Kali ini bukan kepada Eduardo tetapi kepada Aaron Ramsey pemain yang baru sahaja berusia 19 tahun!! Arsenal telah mengesahkan yang tulang Ramsey hanya retak dan bukannya patah.. Keretakkan yang serius.. Namun ianya masih membawa makna yang Ramsey akan diketepikan agak lama..

Ramsey telah pun diterbangkan ke London untuk melihat jika dia memerlukan pembedahan kecemasan.. Bagi Atikah kecederaan teruk Ramsey ini bukanlah boleh dipersalahkan 100% kepada Shawcross.. Shawcross tidak sengaja melakukannya dan jelas sekali dia rasa bersalah atas tacklenya itu..

Ryan Shawcross telah pun membuat permohonan maaf atas tacklenya.. "There was absolutely no malice in the challenge.. I would never, ever go out to hurt a fellow professional.. I am deeply upset that Aaron has suffered such a bad injury and my thoughts are with him.. I would like to send him my best wishes too for a speedy recovery.."

Kesemua pemain Arsenal jelas sekali terkejut dan sedih atas apa yang menimpa pemain muda Arsenal yang mempunyai masa depan yang cerah itu.. Dengan Fabregas menunjukkan kewibawaannya dengan memanggil kesemua pemain Arsenal untuk berdoa atas apa yang berlaku kepada Aaron Ramsey..

Semoga cepat sembuh Aaron Ramsey.. Kesemua orang yang terlibat dengan Arsenal akan memberikan sokongan dan doa semoga Ramsey cepat sembuh.. Atikah yakin Ramsey mampu kembali semula selepas kejadian ini kerana Eduardo dan Diaby pernah melakukannya dahulu.. Dan diharap dengan sokongan padu pemain dan pemain Arsenal membuatkan Ramsey bersemangat untuk kembali.. Adios!!



1 comments:

seputra_reyes said...

Get Well Soon Aaron Ramsey!!!

28.2.10

Post a Comment