Almunia dijangka berehat sehingga Mac

Namun beberapa hari lepas, jari tangan Almunia lebih teruk dari sebelumnya.. Dan ianya jelas sekali akan menganggu aksi yang akan ditampilkan Almunia.. Walaupun Almunia mahu beraksi pada perlawanan ini, staf perubatan Arsenal memberikan lampu merah untuk memastikan Almunia tidak terus-terusan merisikokan tahap kecederaan jarinya..
Terutama sekali jari amat penting untuk seseorang penjaga gol untuk menepis bola terutamanya.. Namun jika jarinya bertambah baik ianya ada kemungkinan yang Almunia akan kembali beraksi hujung minggu ini.. Namun jika ianya terlalu teruk ianya mungkin akan menyaksikan Almunia tersisih sepanjang bulan Februari..

"Saya ada kepercayaan terhadap Fabianski.. Dia telah tunjukkan yang dia ada bakat.. Dalam beberapa perlawanan dia ada menunjukkan yang dia kekurangan pengalaman.. Sebagai contoh semasa menentang Chelsea (separuh akhir Piala FA musim lepas).. Tapi pada hari itu dia tidak melakukan kesilapan tipikal penjaga gol.."
"Ianya semua tentang permainan deep balls di mana dia amat mahu mendapatkannya.. Dan kami amat mengalakkannya melakukan perkara tersebut kerana dia bijak membaca perlawanan.. Jadi secara kesulurahannya, bagi saya dia cukup berbakat.. Jangan lupa penjaga gol terbaik pun pernah melakukan kesilapan.."
"Ianya sebahagian daripada proses pembelajaran.. Saya percaya Fabianski seorang penjaga gol yang bijak.. Jadi dia akan belajar daripada kesilapannya.."











2 comments:
atikah, ajar sy buat banner?
17.2.10cmpbell fitness dy p0n 0k gk r noh
18.2.10Post a Comment