09 February 2010

Latest Injury News

Eduardo dijangka terlepas aksi menentang Liverpool pagi Khamis ini namun dijangka kembali berada di kesebelasan utama Arsenal minggu depan semasa menentang Porto dalam peringkat pertama kalah mati Champions League..

Nicklas Bendtner pula dijangka terus disisihkan selepas Wenger mengakui tahap kecergasan Bendtner cukup tidak memuaskan lagi.. Ini bermakna jurulatih kecergasan Arsenal perlu berkerja keras untuk membantu Bendtner kembali ke tahap kecergasannya semula.. Kerana Arsenal betul-betul terdesak mahukan prestasi terbaik Bendtner secepat mungkin..

Namun berita baiknya tiada sebarang kecederaan selepas perlawanan menentang Chelsea walaupun agak teruk pemain Arsenal dibuli pemain Chelsea.. Tapi staf perubatan Arsenal akan memeriksanya kembali sebaik sebelum perlawanan menentang Liverpool awal pagi khamis ini..

Kapten pasukan skuad simpanan Arsenal iaitu Kyle Bartley disahkan menyertai Sheffield United secara pinjaman sehingga 12 Mei 2010.. Atikah harap Bartley akan memperoleh aksi tetap bersama Sheffield dan mengutip pengalaman yang cukup berguna sebelum kembali bersama Arsenal..

Sedikit perkembangan terkini pemain Arsenal yang dipinjamkan.. Wojciech Szczesny yang dipinjamkan ke Brentford sekali lagi membantu Brentford mencatatkan kemenangan selepas kental di kubu Brentford untuk membantu mereka mencatatkan kemenangan 4-0 dan semakin menjarakkan diri dari zon penyingkiran..

Penyerang masa depan Arsenal iaitu Sanchez Watt pula membuat debutnya bersama Southend United.. Namun Watt gagal membantu pasukannya tewas 2-0..

Buat 2 kali berturut-turut Wilshere disisihkan dari aksi pertamanya bersama Bolton walaupun Owen Coyle berjanji akan menurunkan Wilshere sekerap yang boleh dalam kesebelasan utamanya.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment