Injury Update ahead Barcelona
Okey Atikah nak minta maaf sebab x postkan berita terkini Arsenal minggu lepas disebabkan komputer Atikah buat problem pulak.. So sekarang dia okey jadi Atikah akan mulakan dulu dengan pengumuman berita baik.. Arsenal Ladies menjulang trofi pertama mereka musim ini selepas menewaskan Millwall dalam final London County Cup untuk post match sila ke blog Arsenal Ladies Malaysia..Cesc Fabregas memberikan berita gembira walaupun di dalam keraguan apabila staf perubatan Arsenal mengesahkan terdapat peluang untuk Fabregas mengetuai pasukan menentang bekas kelab remajanya selepas mengalami lebam di lutut dan kakinya semasa seri 1-1 dengan Birmingham minggu lepas..
Tiada sebarang perubahan di meja rawatan Arsenal dengan Gallas, Gibbs, Ramsey dan Djourou pasti akan disisihkan.. Namun peluang untuk RVP kembali pada perlawanan ini?? Hmm.. Biar Wenger jelaskan situasinya.. Wenger mengakui yang RVP akan diberikan peluang beraksi pada bulan April ini selepas kembali menjalani latihan minggu lepas..
Tapi Atikah rasa Van Persia x akan kembali minggu ini atau minggu depan selepas berehat cukup lama selepas ligamen buku lalinya terkoyak pada bulan November yang lalu.. Tapi apa-apa pun jangan kita buat andaian.. Biar Wenger jelaskan situasi Van Persie..
Namun berita yang baik untuk Arsenal dan dukacita untuk Barcelona ialah apabila Andres Iniesta mengalami kecederaan hamstring dan disahkan akan terlepas aksi pertama suku akhir Champions League di Emirates Stadium..
Atikah x sabar nak tengok perlawanan ini dengan Atikah yakin Arsenal mampu menewaskan Barcelona seperti mana mereka tewaskan AC Milan pada musim 2007/2008 yang lalu.. Fan Arsenal juga pasti tidak sabar untuk menyambut kepulangan semula Theirry Henry di Emirates Stadium.. Adios!!
0 comments:
Post a Comment