Szczesny to keep his place


Sementara itu Abou Diaby berserta Lukasz Fabianski dijangka akan kembali semula ke dalam pasukan pada perlawanan menentang Huddersfield United untuk peringkat seterusnya Piala FA jika Arsenal berjaya menewaskan Leeds United pada awal pagi khamis nanti.. Manuel Almunia juga masih mengalami kecederaan dan Wenger tidak memberikan sebarang idea bila Almunia akan kembali semula..
Sementara itu Sebastien Squillaci dijangka akan kembali semula dalam masa dua minggu dan Arsene Wenger turut mengesahkan laporan Atikah mengenai kecederaan Thomas Vermaelen yang akan menjalani pembedahan biasa ataupun menurut Wenger procedure.. Wenger memberitahu Vermaelen dijangka akan disisihkan selama 4 ke 6 minggu..
Wenger turut mengakui tiada yang mustahil tentang hakikat kemungkinan Vermaelen akan kembali semula pada perlawanan genting menentang FC Barcelona bulan depan walaupun mengakui Vermaelen memerlukan beberapa perlawanan sebelum cergas sepenuhnya memandangkan sudah beberapa bulan Vermaelen tidak bermain..
Itu sahajalah berita kecederaan terkini dari kem Arsenal.. Dalam masa itu masih belum ada pengkhabaran baik tentang siapakah agaknya gerangan pemain pertahanan baru yang akan di bawa masuk Wenger.. Masih belum ada sebarang perjanjian melibatkan Arsenal dengan pemain yang ditunggu-tunggu peminat Arsenal.. Harapnya ianya akan terjadi tidak lama lagi.. Adios..
0 comments:
Post a Comment