Top 3 Arsenal most improved player in 2010
So tahun 2010 telah pun berakhir dan atas disebabkan itu Atikah membuat keputusan untuk membuat artikel khas tentang top 3 pemain yang paling meningkat sekali sepanjang tahun 2010.. Melepasi segala jangkaan, menutup mulut-mulut pengkritik dan semakin mengukuhkan kedudukan mereka sebagain pemain tonggak Arsenal..
Hatriknya di Blackpool dan aksi tenangnya di hadapan pintu gol merupakan satu peningkatan dari pemain yang diketepikan Fabio Capello untuk pusingan akhir Piala Dunia tahun lepas.. Berseorangan membawa Arsenal kembali mengikat kedudukan sewaktu menentang Barcelona musim lepas telah cukup untuk Walcott berada di dalam senarai ini..
Walaupun masih mempunyai masalah dengan kecederaan, namun sekurang-kurangnya kali ini Walcott tidak perlu mengambil masa yang lama untuk beraksi di tahap terbaiknya.. Walcott masih perlu melakukan beberapa peningkatan lagi seperti sentuhan terakhir dan passingnya.. Walaupun sudah okey berbanding sebelumnya namun Walcott tetap perlu improve perkara tersebut..

Namun siri aksi cemerlang dari Fabianski walaupun di cemari beberapa tindakan bodoh, tidak menghalang dari Fabianski berada di tangga kedua pemain paling meningkat Arsenal.. Dua kali berturut-turut muncul pemain ketiga terbaik bulanan Arsenal pada bulan Oktober dan November telah membuktikan Fabianski berhak berada dalam senarai ini..
Melakukan beberapa aksi menyelamat yang mengkagumkan dan beberapa kali menjadi punca gol-gol yang dijaringkan Arsenal menerusi balingan dan tendangannya semasa pihak lawan masih terkedu dengan save yang di buatnya.. Dan ini jelas memberikan impak positif kepada Arsenal semasa melakukan counter attack memandangkan Fabianski mampu membuat balingan dan tendangan yang tepat melepasi garisan tengah..
Hakikat beliau dari zero ke hero Arsenal telah menyakinkan ramai pemerhati bola sepak yang Fabianski merupakan salah seorang pemain paling meningkat dan salah seorang penjaga gol paling cemerlang di EPL setakat ini.. Namun ini bukanlah bermakna Fabianski telah perfect.. Masih ada beberapa perkara perlu ditingkatkan Fabianski seperti his judgement call dan set piece..

Nasri semakin tenang di hadapan pintu gol dan hakikat beliau mempunyai skill untuk memperdayakan pemain pertahanan lawan semakin menguatkan lagi dakwaan yang beliau merupakan the new Zinedine Zidane dan Robert Pires Arsenal yang baru.. Nasri juga cukup berbakat untuk menjaringkan gol dari luar kotak penalti dan memperdayakan penjaga gol pihak lawan..
Impak Nasri sepanjang musim ini jelas memberikan kelebihan kepada saingan Arsenal untuk merebut kejuaraan liga.. Tidak hairan jika Nasri akan menjadi pemain muda terbaik PFA atau mungkin pemain terbaik PFA atau kedua-duanya pada akhir musim ini.. Walau apa-apa pun harapnya ketiga-tiga mereka ini akan terus meningkat.. Adios..
0 comments:
Post a Comment