Thomas Vermaelen go to surgery
Arsene Wenger sebelum ini berharap supaya Thomas Vermaelen tidak memerlukan sebarang pembedahan ke atas kecederaan Achillesnya, namun akhirnya Vermaelen disarankan menjalani pembedahan selepas menerima nasihat pakar dengan Vermaelen akan berada di Sweden untuk menjalani pembedahan tersebut..Ianya bukanlah satu pembedahan yang besar.. Ianya lebih kepada minor procedure dengan Vermaelen tidak memerlukan anestesi umum semasa menjalani pembedahan tersebut.. Berikut ialah apa yang dikatakan Verminator.. "I'll undergo this operation in Sweden.. According to the specialist who will operate on me it's a little tendon situated beside the Achilles tendon which is provoking the irritation.."
Vermaelen juga menjangkakan beliau mungkin akan kembali semula pada bulan Mac nanti.. Hmm kalau dari dulu lagi Vermaelen menjalani pembedahan sudah tentu Vermaelen sah-sah telah mula menguatkan jentera pertahanan Arsenal yang semakin lemah dan mudah leka ini walaupun dibantu dengan ketangkasan dan kecekapan Lukasz Fabianski dan Wojciech Szczesny..
Namun walau apa-apa pun semoga pembedahan ini berjalan dengan lancar dan harapnya Vermaelen akan kembali semula menguatkan pasukan tidak lama lagi.. Namun dalam masa itu juga harapnya Wenger cepat-cepatlah beli pemain pertahanan baru.. Tidak kisahla siapa asalkan beliau seorang pemain pertahanan yang lasak dan cukup berwibawa.. Adios..
0 comments:
Post a Comment