01 January 2011

Pre match and new news

Okay.. Kita mulakan dengan berita terbaru.. Arsene Wenger telah mengesahkan yang sebenarnya Emmanuel Eboue telah menandatangani kontrak jangka masa panjang lebih kurang satu atau dua bulan yang dulu.. Ianya jelas akan menamatkan sebarang spekulasi tentang Eboue akan meninggalkan Arsenal bulan ini selepas beberapa pasukan berminat untuk mendapatkan pemain serba boleh ini..

Sementara itu Wenger mengakui beliau cukup over protecting dua pemain ini iaitu Johan Djourou dan Robin Van Persie.. Djourou yang baru kembali ke prestasi terbaiknya selepas sekian lama mengalami kecederaan jelas dijaga dengan rapi Wenger untuk mengelakkan Djourou kembali ke wad kecederaan Arsenal sementara Van Persie yang sering mengalami kecederaan juga dikawal rapi Wenger untuk memastikan RVP tidak akan berehat panjang sekali lagi..

Sementara itu Arsene Wenger mengesahkan yang beberapa kelab di Sepanyol bersedia untuk membawa pulang Manuel Almunia ke kampung halamannya selepas beliau semakin tersisih dari barisan pilihan penjaga gol Arsenal.. Wenger mengakui segala keputusan berada di tangan Almunia sama ada beliau mahu kekal dan bersaing untuk tempatnya atau meninggalkan Arsenal..

Sementara itu Wenger mengakui beliau masih diselubungi misteri berkenaan kecederaan buku lali Abou Diaby.. Wenger memberitahu buku lali yang baru mengalami kecederaan bukanlah buku lali yang pernah cedera dahulu.. Wenger sendiri tidak memahami apa faktor sebenar kecederaan buku lali Diaby..

Orang penting Arsene Wenger dan lagenda Arsenal, Pat Rice yang akan tamat kontraknya penghujung musim ini dispekulasikan akan meninggalkan Arsenal sebaik kontraknya tamat dan ini sudah semestinya mengundang resah kepada Wenger untuk kehilangan orang yang paling dipercayainya, Pat Rice..

Wenger mengakui akan mencuba sedaya upayanya untuk memujuk Pat Rice menandatangani kontrak baru dan kekal di Arsenal.. Namun beliau turut mengakui segala keputusan terletak di tangan Pat Rice sendiri.. Namun jika benarlah Pat Rice akan meninggalkan jawatannya di Arsenal siapa yang berkebolehan untuk megisi tempat Pat Rice??

Fans Arsenal pastinya mengharapkan lagenda the Gunners akan dipanggil Wenger untuk bersama-samanya mendidik pemain-pemain Arsenal dengan Dennis Bergkamp menjadi pilihan Atikah untuk mengisi kekosongan yang mungkin akan ditinggalkan Pat Rice.. Apa pandangan anda?? Kalau Bergkamp kembali ke Arsenal ianya pasti memberikan berita baik untuk pemain-pemain Arsenal..

Dan ianya akan menjadi satu pengalaman berguna untuk beliau sebelum mungkin akan mewarisi jawatan pengurus Arsenal dari Arsene Wenger.. Namun walau apa-apa pun Pat Rice tetap menjadi keutamaan kerana sumbangan beliau untuk Arsenal cukup penting sekali dan beliau jauh memahami pemain-pemain Arsenal dan sejarah Arsenal dari mana-mana jurulatih lain..

Sementara itu Arsene Wenger melaporkan pula yang kemungkinan besar tiada pemain baru akan di bawa masuk bulan ini selepas mengakui agak sukar mencari pemain yang benar-benar bagus sewaktu ini namun jika ada peluang Wenger berjanji akan mengambil sepenuhnya peluang tersebut.. Namun apa yang pasti fans Arsenal pasti berharap seorang pemain pertahanan baru akan di bawa masuk Wenger untuk mengukuhkan barisan pertahanan..

Sementara itu pada pukul 1.30 pagi nanti Arsenal akan menentang Birmingham City yang akan disiarkan secara langsung di Astro SuperSport3 di channel 817.. Harapnya Arsenal akan mengutip 3 mata penuh dan tolonglah jangan sekali lagi mensia-siakan peluang untuk memberikan cabaran kepada Manchester United.. Adios..

0 comments:

Post a Comment