26 November 2011

Ladies arrived at Japan

Arsenal Ladies telah selamat sampai ke Jepun selepas melalui perjalanan selama 11 jam dari London untuk Jelajah Jepun mereka selama 11 hari bagi mengutip derma untuk mangsa gempa bumi dengan mereka akan menentang juara liga Jepun yang di barisi beberapa pemenang Piala Dunia, INAC Kobe dan juga dua lagi kelab Jepun Mushashigioka Collage dan NTV Beleza..

Bagaimana pun beberapa tonggak utama Arsenal tidak ikut serta seperti Danielle Carter yang tidak mendapat pelepasan Universiti, Julie Fleeting yang besar kemungkinan menjaga anak perempuannya dan juga Lauren Bruton yang mengalami kecederaan.. Tempat mereka telah diisi oleh 3 pemain skuad simpanan..

Kapten pasukan, Faye White yang masih bergelut dengan kecederaan turut serta bersama-sama pasukan dan di dalam masa yang sama menjalani proses pemulihan.. Ladies juga diberikan pengkhabaran gembira apabila bekas bek kanan mereka, Alex Scott dibenarkan Boston Breakers untuk menyertai jelajah ini secara pinjaman..

Pemain-pemain Arsenal Ladies dilihat cukup bergembira di Jepun walaupun jetlag.. Pengurus pasukan, Laura Harvey telah ditemani oleh Development manager, Clare Wheathley dan juga dua pemainnya, Jayne Ludlow dan Katie Chapman pada sidang media pertama mereka di Jepun..

Jadual Ladies di sana dilihat cukup padat.. Mereka menjalani sesi latihan pertama mereka di Jepun di padang Urawa Reds sambil ditemani oleh pemain berusia 18 tahun Jepun, Kumi Yokoyama yang sebelum ini telah menjalani latihan selama sebulan dengan pasukan belia Arsenal Ladies.. Laura Harvey jelas cukup Kumi..

Laura turut memberitahu pada sesi latihan, Kumi bukan sahaja setanding dengan tonggak utama Arsenal Ladies namun berjaya beberapa kali menewaskan penjaga gol utama Ladies, Emma Byrne yang terbukti keupayaannya sebagai salah seorang penjaga gol wanita bertaraf dunia.. Laura menyifatkan Kumi mempunyai masa depan yang cukup cerah.. Namun Laura tidak memberikan sebarang komen mengenai kemungkinan membawa Kumi menyertai Arsenal..
Ladies kemudiannya di bawa bersiar-siar disekitar bandar Tokyo.. Dan mereka dilihat cukup bergembira di Tokyo.. Dengan mereka hanya akan mempunyai perlawanan pada 30 November, Arsenal Ladies akan terus di bawa bersiar-siar di sekitar Jepun dan juga menyertai acara-acara yang telah di anjurkan.. So have fun Ladies.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment