Arsenal terlalu mengharapkan RVP?

Namun 2 bulan penuh menyeksakan kepada Arsene Wenger dan pemain-pemainnya yang turut terkena tempiasnya kepada peminat-peminat setia The Gunners menyaksikan terdapat andaian Arsenal tidak lagi akan berada di kalangan Top 4 malahan sukar untuk berada di kelompok Top 5.. Namun peminat tidak berputus asa dan terus memberikan sokongan terutama sekali dengan kehadiran Per Mertesacker, Mikel Arteta, Yossi Benayoun dan Andre Santos sebelum pintu perpindahan dibuka dilihat menerangkan semula impian Arsenal untuk bangkit..

Atikah sejujurnya menafikan Arsenal terlalu mengharapkan Van Persie.. Jika pemain seperti Gervinho, Walcott, Ramsey, Song dan Arteta gagal melorongkan bola kepada RVP, tidak mungkin Van Persie akan menjaringkan begitu banyak gol.. Ya memang betul tanpa Van Persie Arsenal dilihat kurang mantap namun ianya disebabkan Maroune Chamakh gagal beraksi sebaik beliau beraksi awal musim lepas..

Jadi hakikat Arsenal terlalu mengharapkan Van Persie sebenarnya tidaklah begitu benar.. Jangan dilupakan Van Persie bermain sebagai penyerang tunggal.. Dan Wenger lebih cenderung untuk bermain dengan formasi 4-2-3-1 menjadi satu lagi punca.. Ianya menyaksikan Chamakh dan Park terpingga-pingga di barisan serangan.. Kerana mereka berdua dilihat lebih selesa bermain dengan dua penyerang..


Tiada banyak bezanya Arsenal dengan Barcelona.. Kita pernah kalahkan mereka so what?? Bagi Atikah musim ini Arsenal lebih bermain sebagai berpasukan berbanding sebelumnya.. Dan ianya sesuatu yang bagus.. Disebabkan sebelum ini Arsenal lebih bergantung harap kepada rentak permainan Fabregas.. Jika Fabregas hilang punca begitulah pasukan.. Kini jika pasukan cemerlang maka cemerlang keputusan perlawanan jika tidak, tidaklah..

Kehadiran semula yang dinanti-nantikan iaitu kembalinya Jack Wilshere pada tahun depan pastinya bakal memantapkan lagi pasukan walaupun jelas ianya bakal membuatkan Wenger pening kepala.. Siapa yang perlu diletakkan di bangku simpanan bagi memberikan ruang kepada Wilshere.. Jadi istilah Arsenal cukup memerlukan RVP bagi Atikah agak 'harsh'..
Memang Atikah akui tiada penyerang di Arsenal yang dilihat mampu menggalas tanggungjawab RVP yang cukup sempurna sebagai penyerang utama Arsenal dan hakikat beliau merupakan tonggak utama Arsenal juga tidak dinafikan Atikah.. Namun jangan dilupakan jika Chamakh mampu beraksi sebaik beliau beraksi awal musim lepas dan improvekan rembatannya, Chamakh mampu untuk menggantikan Van Persie jika beliau direhatkan..

Ya RVP sebaik Lionel Messi di hadapan pintu gol sekarang namun ianya disebabkan pengalamannya dan juga sumbangan rakan sepasukannya.. Kehadiran Arteta dilihat memberikan kestabilan dan memastikan jentera tengah Arsenal berupaya memberikan bola yang dikehendaki Van Persie.. Dengan Walcott ditahap terbaiknya dan Gervinho dengan skillnya dribble bola sedikit sebanyak membantu Van Persie..
Itu tidak termasuk lagi larian-larian Bacary Sagna, Carl Jenkinson, Andre Santos dan Kieran Gibbs di posisi bek kanan dan kiri Arsenal.. Dan kadang-kadang juga Laurent Koscielny, Per Mertasacker dan Thomas Vermaelen.. Terpulang kepada anda untuk mempercayainya ataupun tidak.. Namun percaya ataupun tidak.. Arsenal lebih bermain secara berpasukan sekarang ini dari sebelumnya..
Namun Atikah turut setuju dengan abang ipar Atikah.. Peningkatan mendadak Van Persie ada kena mengena dengan pemergian Fabregas dan Samir Nasri.. Ianya bagaikan kes Cristiano Ronaldo ke Real Madrid dulu yang telah menyaksikan Wayne Rooney naik mendadak.. Inilah masanya untuk Van Persie menyinar dan beliau berjaya melakukannya hasil persembahan baik pasukan.. So RVP please stay!!
And no kita tidak hanya mengharapkan RVP.. Tanpa persembahan baik pasukan, Van Persie tidak akan menledak begitu banyak gol walaupun kita semua tahu beliau mampu melakukannya.. Siapalah penyerang tanpa pemain-pemain tengah?? Siapalah penyerang jika hanya ada skill namun tiada siapa mahu berikannya bola??
Dan jika pertahanan kita masih goyah walaupun Van Persie meledak hatrik, ianya tidak akan membantu pasukan memenangi perlawanan.. So credit to defend dan terutama sekali Wojciech Szczesny.. Ini hanya pandangan Atikah.. Sama ada anda setuju ataupun tidak terpulanglah.. Tapi percayalah Arsenal bermain lebih berpasukan berbanding dulu..
1 comments:
Salam Mevrouw Atika..
26.11.11Jujurnya ARSENAL tidak hanya bergantung kpd individu, tetapi 'work a team' itulah gambaran tepat sebenarnya..
Post a Comment