25 November 2011

Jenkinson, Gibbs & Diaby news

Laurent Koscielny dilihat bakal meneruskan tugas cemerlangnya di bahagian bek kanan selepas Arsene Wenger mengesahkan yang Carl Jenkinson yang mengalami kecederaan belakang akan terlepas perlawanan selama 3 minggu lagi.. Jenkinson dilihat bakal bersedia semasa perlawanan menentang pendahulu liga Manchester City pada 18 Disember nanti..

Kieran Gibbs yang baru menjalani pembedahan hernia pulang dijangka terlepas perlawanan selama 4 minggu dan ianya dilihat Andre Santos akan terus beraksi di posisi bek kiri sehinggalah kepulangan semula Gibbs yang mungkin akan bersedia semasa perlawanan menentang Wolverhampton pada 26 Disember depan..

Sementara itu Wenger mengesahkan Koscielny bebas daripada sebarang kecederaan walaupun dibawa keluar pada minit ke-83 untuk digantikan dengan Johan Djourou.. Wenger menyifatkan pertukaran tersebut adalah disebabkan Koscielny dilihat keletihan di posisi bek kanan Arsenal.. Abou Diaby yang di bawa masuk menggantikan Theo Walcott pada minit ke-86 pula dilihat tidak mempunyai sebarang masalah.. Adios..

0 comments:

Post a Comment