Ladies sight seeing at Japan
Disebalik skuad utama Arsenal yang berjuang untuk memastikan kelab ke laluan yang sepatutnya semula, Arsenal Ladies telah terbang ke Jepun untuk membuat kerja amal iaitu mengutip derma bagi mangsa gempa bumi Jepun.. Sejak kehadiran mereka, mereka dilihat cukup sibuk dengan segala acara yang dianjurkan.. Namun esok mereka semua tahu cuti mereka telah pun tamat..Esok bakal menyaksikan mereka akan mula bersiap sedia untuk perlawanan pertama bagi mengutip derma untuk mangsa gempa bumi.. Namun pasukan yang bakal ditentang mereka bukannya calang-calang pasukan.. Mereka bakal menentang juara Liga Jepun yang turut dibarisi beberapa pemain yang memenangi Piala Dunia musim panas lalu iaitu, INAC Kobe..
Walaupun Arsenal lelaki tidak membuat jelajah ke Jepun pada musim panas lalu, Jepun dilihat memberikan sambutan hebat kepada juara treble, Arsenal Ladies.. Pemain-pemain Arsenal Ladies dilihat cukup terkedu dengan segala jenis makanan yang disediakan pihak penganjur yang termasuk beberapa kek Arsenal..
Arsenal Ladies turut menerima sambutan yang cukup mengalakkan di kedai Nike di Tokyo dengan mereka menandatangani jersi kepada peminat-peminat yang menunggu dan juga menangkap gambar bersama mereka dan juga poster gergasi Ryo Miyaichi..
Untuk pengetahuan anda Ryo Miyaichi sebenarnya duta kepada Arsenal Ladies yang membuat jelajah ke Jepun.. Terdapat laporan mengatakan Miyaichi turut serta bersama skuad Arsenal Ladies namun Atikah tidak dapat mengesahkannya kerana tidak nampaknya di mana-mana gambar yang dipostkan pemain skuad Arsenal Ladies.. Dengan Miyaichi tengah injured Atikah rasa Ryo berada di London Colney bersama staf perubatan Arsenal..
Kemudian Arsenal Ladies menjalani latihan pertama mereka di Jepun di padang Urawa Reds sambil ada kelibat seorang pemain muda berusia 18 tahun Jepun, Kumi Yokoyama turut serta bersama-sama pasukan.. Hmm.. Nampaknya penjaring terbanyak sepanjang zaman Arsenal Ladies, Jayne Ludlow tidak dapat menumpaskan Emma Byrne.. Namun ada seorang yang berjaya menumpaskan Emma..
Penjaga gol nombor 1 Arsenal Ladies yang juga merupakan idola Atikah, Emma Byrne berjaya ditumpaskan oleh Kumi Yokoyama.. Dan ianya dilihat membuatkan pemain-pemain Arsenal Ladies yang lain bukan sahaja tergamam namun jelas bergembira kerana well bukannya mudah untuk menumpaskan Emma.. Percayalah..
Keesokan harinya walaupun pemain-pemain Arsenal Ladies agak kelam kabut selepas hanya diberikan 10 minit untuk mengemaskan barang sebelum munuju ke stesen kereta api untuk ke Kyoto, mereka dilihat cukup gembira.. Well sejujurnya mereka dilihat cukup happy sepanjang mereka ke Jepun.. Ialah ianya bagaikan meraikan mereka yang memenangi treble dan mara ke peringkat suku akhir Champions League buat kali kesepuluh yang merupakan satu rekod..
Ladies dilihat lebih banyak bercuti di Kyoto berbanding semasa berada di Tokyo dan mereka menghabiskan 2 hari di Kyoto sebenarnya berbanding hanya sehari di Tokyo.. Ladies telah di bawa melancong di tempat-tempat menarik di Kyoto dan jelas mereka cukup enjoynya..
Di Kyoto juga menyaksikan Arsenal Ladies menjalani kehidupan sebagai orang Jepun apabila mereka tidur di atas lantai, makan sambil bersila dan memakai kimono.. Namun bagi pemain-pemain muda Ladies, mereka menyifatkan ianya adalah slumber party.. Haha..
Selepas dua hari di Kyoto Arsenal Ladies pulang semula ke Tokyo dan mereka pergi melawat pusat bandar Tokyo untuk menyaksikan konsert sebelum mereka semua akan mula menjalani latihan untuk persediaan menentang INAC Kobe pada hari rabu..
Seperti baju yang di pakai Ellen White, All For Japan.. Sejujurnya Atikah bangga dengan mereka kerana sedikit sebanyak mereka membawa nama Arsenal dan menunjukkan Arsenal cukup ambil berat dengan apa yang berlaku di Jepun.. Mereka bukan pergi hanya untuk menjual nama Arsenal namun untuk melakukan kerja amal.. So proud to be a Gooner!! Adios and good luck Ladies and First Team!!
0 comments:
Post a Comment