Team news and Henry training with the team!
Minggu antarabangsa selalu memberikan berita buruk untuk kem Arsenal namun Arsene Wenger mengesahkan yang tiada sebarang kecederaan berlaku.. Wojciech Szczesny dan Lukasz Fabianski masing-masing bermain satu perlawanan persahabatan untuk Poland sementara Laurent Koscielny diberikan first capnya untuk Perancis hasil persembahan cemerlangnya bersama-sama Arsenal..Tomas Rosicky pula mengetuai pasukannya, Republik Czezh ke EURO 2012 sementara Robin Van Persie dihantar pulang awal minggu ini untuk diberikan rehat.. Kebanyakan pemain Arsenal yang lain diberikan rehat dengan hanya bermain satu perlawanan persahabatan daripada 2 perlawanan melainkan Theo Walcott yang beraksi 45 minit menentang Sepanyol dan 67 minit menentang Sweden..
Namun perkara sebaliknya yang berlaku selepas Kieran Gibbs terpaksa menjalani pembedahan hernia semalam dan ianya membawa maksud Gibbs akan direhatkan 4 ke 5 minggu.. Carl Jenkinson turut terpaksa direhatkan selepas pakar tidak mahu kecederaan belakang yang di alami Jenkinson lebih teruk dan ini membawa maksud Koscielny mahupun Johan Djourou akan bermain di posisi bek kanan sepanjang ketiadaan Jenkinson..
Sementara itu Ryo Miyaichi yang dikeluarkan seawal minit ke-34 semasa perlawanan skuad simpanan menentang Fulham akibat kecederaan disahkan akan berehat selama 4 ke 6 minggu akibat kecederaan buku lali yang di alaminya.. Selain daripada itu Abou Diaby dan Maroune Chamakh telah kembali menjalani latihan penuh namun Diaby akan mengambil lebih masa untuk kembali beraksi sementara Chamakh bersedia untuk perlawanan hujung minggu ini..
Lagenda dan pemegang rekod penjaring gol terbanyak Arsenal, Theirry Henry telah kembali ke London Colney dan telah menjalani latihan bersama-sama pemain Arsenal setelah musim di MLS berehat.. Henry membuat keputusan untuk berlatih bersama Arsenal untuk mengekalkan kecergasannya dan diharap Henry dapat memberikan tip-tip kepada pemain Arsenal yang lain dan harapnya beliau mampu memujuk RVP untuk kekal.. Adios!!
0 comments:
Post a Comment