25 October 2011

Thomas Vermaelen back against Bolton

Thomas Vermaelen dijangka bakal mengetuai Arsenal pada perlawanan menentang Bolton Wonderers di Emirates Stadium awal pagi nanti selepas proses pemulihan daripada pembedahan buku lali yang dijalani Vermaelen awal musim ini berjalan dengan cukup lancar dan Vermaelen telah kembali lebih awal daripada yang dijangkakan pada mulanya..

Vermaelen dijangka bakal bergandingan bersama-sama di antara Sebastien Squillaci yang sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan ataupun pemain pertahanan muda, Ignasi Miquel yang cukup cemerlang setiap kali diturunkan.. Bek kanan pastinya bakal diisi pertahanan skuad simpanan Nico Yennaris dengan Vermaelen berkemungkinan akan mengisi posisi bek kiri seterusnya membuka ruang untuk Squillaci dan Miquel bergandingan..

Lukasz Fabianski sudah semestinya bakal mengambil alih posisi penjaga gol daripada Wojciech Szczesny yang direhatkan dengan Vito Mannone bakal memanaskan bangku simpanan.. Sementara Emmanuel Frimpong dan Francis Coquelin bakal mengambil alih posisi Alex Song dan Mikel Arteta

Alex Oxlade-Chamberlain dijangka bakal mengambil alih posisi Theo Walcott sambil bergandingan dengan Andrei Arshavin di bahagian sayap dan Yossi Benayoun di belakang penyerang utama yang bakal diisi Ju Young Park selepas Arsene Wenger membuat keputusan untuk merehatkan Robin Van Persie dan Maroune Chamakh..

Ryo Miyaichi bakal diiringi pemain skuad simpanan, Jernade Meade, Oguzhan Ozyakup, Sanchez Watt, Chuck Aneke dan Daniel Boateng di bangku simpanan pada perlawanan awal pagi nanti.. Berikut ialah bayangan kesebelasan utama yang Atikah jangkakan akan diturunkan Wenger pada perlawanan nanti..

FABIANSKI
YENNARIS-----SQUILLACI-----MIQUEL-----VERMAELEN
FRIMPONG-----COQUELIN
CHAMBERLAIN-----BENAYOUN-----ARSHAVIN
PARK

SUB : MANNONE, MIYAICHI, MEADE, OZYAKUP, WATT, ANEKE & BOATENG

Senarai pemain ini adalah mengikut senarai yang dikeluarkan Arsenal.com tentang skuad yang disenaraikan Wenger untuk perlawanan ini.. Malangnya perlawanan ini tiada siaran langsung di Astro.. Sementara itu berita buruk daripada bek kanan dan kiri Arsenal.. Carl Jenkinson dan Kieran Gibbs tidak cukup cergas untuk diturunkan pada perlawanan menentang Chelsea hujung minggu ini.. Adios..

0 comments:

Post a Comment