22 October 2011

Arsenal team news

Arsenal yang telah pun kehilangan Bacary Sagna untuk tempoh sekurang-kurangnya 3 bulan kini terpaksa berdepan dengan kecederaan lutut kanan yang dialami Carl Jenkinson semasa kemenangan 1-0 Arsenal ke atas Marseille yang menyaksikan Jenkinson terpaksa dibawa keluar pada minit ke-62.. Berita baiknya ialah Jenkinson hanya akan terlepas kemungkinan 2 perlawanan dan ada sedikit peluang untuk kembali semasa menentang Chelsea..

Ini membawa maksud Arsene Wenger terpaksa meletakkan salah seorang daripada dua centre backnya sebagai bek kanan dengan Laurent Koscielny dan Johan Djourou menjadi calon untuk posisi bek kanan tersebut.. Wenger menegaskan beliau masih belum membuat sebarang keputusan sama ada bakal meletakkan Koscielny mahupun Djourou di posisi bek kanan..

Thomas Vermaelen yang baru-baru ini menandatangani kontrak baru telah kembali menjalani latihan penuh semula.. Namun Wenger memberitahu Vermaelen hanya akan kembali dalam tempoh 10 hari ke 2 minggu.. Begitu juga dengan Abou Diaby.. Sementara itu Arsenal akan turut kehilangan Kieran Gibbs selama 2 minggu akibat kecederaan otot perut..

Sementara itu kecermelangan Laurent Koscielny semasa menentang Marseille tempoh hari sehingga dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan telah menyaksikan Koscielny menerima pujian daripada Arsene Wenger dan kapten pasukan Robin Van Persie.. Dengan Wenger memberitahu perlawanan tersebut telah menyaksikan aksi terbaik daripada Koscielny..

Sementara Van Persie menyifatkan Koscielny mampu menjadi antara pemain pertahanan terbaik dunia.. Perkara ini juga pastinya memberikan amaran kepada Vermaelen bahawa tempatnya tidak akan lagi terjamin jika Koscielny dan Per Mertesacker berterusan bergandingan baik.. Namun sejujurnya Koscielny ada potensi untuk menjadi pemain pertahanan terbaik dunia..

Aksinya semasa kejayaan membenam Barcelona 2-1 di Emirates awal tahun hari itu membuktikan potensi sebenar Koscielny apabila memastikan pemain terbaik dunia, Lionel Messi bersama-sama David Villa dikawal ketat.. Walaupun salah faham antaranya dengan Wojciech Szczesny mengundah padah pada final Piala Carling, ianya tidak akan menjejaskan hakikat Arsenal kini bakal mempunyai 3 pemain pertahanan tengah terbaik dunia dibarisi oleh Mertesacker, Vermaelen dan Koscielny..

Sementara itu Wenger awal-awal lagi memberitahu yang beliau sama sekali tidak akan membenarkan pemain-pemainnya bermain di kedua-dua kejohanan EURO 2012 dan Olimpik 2012.. Arsenal berdepan kehilangan pemain seperti, Jack Wilshere, Theo Walcott, Kieran Gibbs, Alex Oxlade-Chamberlain dan kemungkinan besar juga Aaron Ramsey.. Ini membuatkan Wenger sama sekali tidak membenarkan pemain muda skuad utamanya beraksi pada kejohanan Olimpik..

Jika ianya berlaku menentang kehendak Wenger, ianya pastinya menyaksikan Arsenal bakal berdepan masalah besar di bahagian tengah terutama sekali jika Wilshere, Walcott, Chamberlain dan Ramsey dipanggil untuk mewakil Great Britian.. Atikah harap ianya tidak berlaku kerana ianya jelas akan memberikan masalah besar kepada Arsenal.. Adios..

0 comments:

Post a Comment