Team news


Arsene Wenger yang cukup positif Jenkinson mampu mengisi kekosongan Sagna mengakui yang Jenkinson tidak mampu untuk beraksi kesemua perlawanan semasa ketiadaan Sagna.. Ini mungkin bakal menyaksikan pemain skuad simpanan Nico Yennaris bakal dipanggil skuad utama sementara Andre Santos juga dilaporkan mampu beraksi di bek kanan..
Namun pilihan yang lebih nyata mungkin Laurent Koscielny yang beraksi di posisi bek kanan pada permulaan kariernya.. Sementara Johan Djourou juga mampu beraksi di posisi tersebut.. Namun Atikah lebih prefer kepada Jenkinson.. Inilah masanya Jenkinson membuktikan keupayaannya sebagai bek kanan masa depan Arsenal..
Sementara itu Wenger memberitahu yang Abou Diaby telah kembali menjalani latihan namun Diaby dilaporkan hanya akan membuat pernampilan pertamanya musim ini minggu depan pada perlawanan Piala Carling ataupun semasa menentang Stoke City.. Thomas Vermaelen turut mula menjalani latihan ringan namun Wenger menegaskan Vermaelen hanya akan kembali hujung bulan ini ataupun awal bulan ini..
Tomas Rosicky dan Lukasz Fabianski yang mengalami kecederaan semasa minggu antarabangsa dijangka tiada masalah untuk mengambil tempat mereka di bangku simpanan sementara Koscielny berada di dalam keraguan.. Walaupun Koscielny bersama-sama Djourou telah mula menjalani latihan semasa bersama skuad kebangsaan mereka, Wenger tetap meragui tahap kecergasan Koscielny.. Namun Wenger turut yakin Koscielny dan Djourou boleh beraksi malam ini..

Namun Wenger langsung tidak mengambil kisah atas apa yang diperkatakan Bendtner kerana Wenger memberitahu ianya hanya personalitinya dan Wenger turut memberitahu beliau cukup mengkagumi Bendtner yang setakat ini cemerlang di Stadium Of Lights.. Namun beliau tidak akan beraksi malam ini kerana Wenger tidak membenarkannya diturunkan..
Perlawanan Arsenal menentang Sunderland malam ini di Stadium Emirates akan disiarkan secara langsung pada pukul 8.30 malam ini live di Astro ESPN dan ESPN HD (channel 812 dan 832.. Harapnya Arsenal akan memperoleh kemenangan.. Good Luck!! Adios..
0 comments:
Post a Comment