New Home Jersey Unveil

Jersi ini direka seperti jersi home Arsenal pada tahun-tahun kejayaan Arsenal pada ero 70an.. Harapnya dengan jersi baru ini Arsenal mampu mengecapi kejayaan seperti mana pada zaman kemuncak Arsenal dahulu.. Atikah akan postkan lagi secara terperinci jersi baru home Arsenal ini sebaik sahaja laman web rasmi Arsenal mendedahkannya..

Wenger sudah lama memerhatikan Mertesacker dengan ketua pencari bakat Arsenal iaitu Steve Rowley telah beberapa kali memerhatikan aksi Mertesacker di Werder Bremen.. Nilai Mertesacker dianggarkan bernilai sekitar 10 juta pound.. Dan kehadiran Mertesacker jelas akan memberikan banyak kelebihan untuk Arsenal dalam set piece..
Ketinggian Mertesacker telah menyaksikan beberapa kali dia menyelamatkan keadaan semasa bertahan dan set piece.. Arsenal yang terkenal dengan kelemahan bertahan semasa set piece, pasti tidak akan timbul lagi masalah itu sebaik sahaja Mertesacker menyertai Arsenal..
Bagi Atikah kehadiran Mertesacker pasti mengembirakan ramai fans Arsenal.. Dan dalam masa yang sama juga pertahanan Arsenal akan menjadi lebih seimbang dengan kehadiran Mertesacker.. Adios!!
0 comments:
Post a Comment