3 days to talk about the future
Tamatnya sudah Piala Dunia dengan Sepanyol memenanginya selepas Fabregas dan Andres Iniesta muncul hero pasukan Sepanyol.. Namun Fabregas masih melarikan diri daripada menjawab soalan tentang masa depannya di Arsenal.. Ianya agak mendukacitakan Atikah.. Adakah susah sangat dia nak kata 'My future is with Arsenal' ataupun yang lebih kurang macam tu??Tapi dalam masa yang sama juga Atikah menghormati keputusannya untuk mendiamkan diri memandangkan Fabregas cukup berhak untuk meraikan kejayaan pasukan Sepanyol memenangi Piala Dunia pertama mereka.. Dan pada usia hanya 23 tahun Fabregas telah memenangi dua kejuaraan terbesar dunia sebagai pemain kebangsaan..
Fabregas mengakui dia cukup bertuah untuk mendapatkannya.. Atikah harap dengan kejayaan ini Fabregas akan membuat keputusan untuk kekal dan memenangi kejuaraan terbesar dunia di peringkat kelab bersama Arsenal.. Iaitu memenangi EPL, Champions League dan juga Piala Kelab Dunia..
Menurut Fabregas.. Fabregas mungkin akan membincangkan masa depannya dalam masa 3 hari lagi.. Atikah akan terus memantau perkembangan Fabregas dalam tempoh itu untuk memastikan Fabregas sekali lagi cukup komited bersama Arsenal.. Namun apa yang pasti Fabregas tidak akan kemana-mana selepas Wenger menolak untuk berjumpa presiden Barcelona untuk membincangkan tentang perpindahan Cesc Fabregas..
Sementara itu Cesc Fabregas mengakui yang dia sebenarnya berjumpa rakan baik dan rakan sepasukannya terdahulu iaitu Robin Van Persie sebelum meraikan kejayaan pasukannya membenam Belanda 1-0 hasil jaringan Iniesta yang diinspirasikan oleh kapten pasukan Arsenal, Cesc Fabregas..
"But my first thing was to go to Robin.. I had to go to Robin, that was the first thing that I did, instead of celebrating, I went to Robin.. I think he deserved it as well, you know, it is really hard for him.. He was injured for a long time, he had his moment there.. Of course, if it was not us he was playing against, I would have been on his side and I was really sad for him because he deserved it as well.."
"He told me to enjoy the moment, but I think and I really hope that he has his moment at some time and that he also wins the World Cup.. He is a great guy and a great leader and he has been really unlucky with injuries and I really hope that he can have his moment next year and hopefully he can win something.."
Arsene Wenger yang turut menyaksikan perlawana di antara Belanda dan Sepanyol di mana kedua-dua pemain asuhannya beraksi cemerlang sekalipun tidak menjaringkan gol.. Dilaporkan Fabregas telah mengucapkan tahniah kepadanya menerusi khidmat pesanan ringkas.. "He also congratulated me.." Adios!!
1 comments:
mula dari torres kot
12.7.10Post a Comment