05 July 2010

Eduardo or Schwarzer ??

Sebelum Atikah cerita apa-apa.. Atikah nak terangkan Eduardo yang Atikah tulis dalam tajuk ini bukanlah Eduardo Da Silva penyerang terkini Arsenal.. Tetapi Atikah maksudkan Eduardo dos Reis Carvalho penjaga gol Portugal yang beraksi cemerlang di Piala Dunia baru-baru ini..

Arsenal boleh mendapatkan khidmat penjaga gol utama Portugal ini dengan harga hanya 3.4 juta pound iaitu lebih murah daripada harga membeli Schwarzer selepas spy Atikah mendedahkan Fulham mahu 4 juta pound untuk khidmat Schwarzer.. Namun pada mulanya Atikah nak biarkan saja rumours ini apabila spy Atikah mendedahkan yang Genoa semakin mendapatkan khidmat Eduardo..

Namun spy Atikah baru sahaja mendedahkan yang kelab terkini Eduardo, Sporting Braga lebih gembira untuk menjual Eduardo kepada Arsenal walaupun dilaporkan Eduardo akan terbang ke Itali untuk menjalani ujian perubatan hari ini.. Jika ianya benar Atikah dengar gembiranya mahu mengucapkan selamat datang kepada Eduardo berbanding mengatakannya kepada Schwarzer..

Namun cerita tentang Schwarzer masih belum berakhir.. Dimana spy Atikah melaporkan yang perjanjian untuk mendapatkan khidmat Schwarzer mungkin akan capai kata persetujuan tidak lama lagi.. Di mana sejujurnya Atikah x berapa suka sebab bagi Atikah Schwarzer lebih kurang bagus je dengan penjaga gol Arsenal sekarang ini x lupa pulak tentang bab umurnya..

Namun spy Atikah mengesyaki yang Wenger mungkin akan menyingkirkan Manuel Almunia dengan membawa Eduardo dan Schwarzer ke Arsenal musim depan.. Namun masalahnya ialah Almunia dilihat tidak akan ke mana-mana selepas membuat statement yang dia mahu kekal di Arsenal..

Namun apa-apa pun Atikah akan suruh spy Atikah siasat tentang perkara ini.. Namun dalam masa yang sama jugak Atikah dah pening kepala mengapa Arsenal masih belum memperkenalkan Laurent Koscielny sebagai pemain Arsenal selepas spy Atikah melaporkan yang Koscielny telah berada di London untuk menjalani ujian perubatan..

Harap-harap x ada apa-apa masalah dengan ujian kecergasan tersebut.. Atikah jugak harap yang Wenger cepat-cepat sahkan pembelian kedua Arsenal.. Namun menurut Wenger segala pembelian pemain mungkin akan diselesaikan semasa kempen Piala Dunia semakin melabuhkan tirainya..

Wenger ada masa lebih kurang seminggu lebih sahaja lagi sebelum Piala Dunia melabuhkan tirainya untuk mengotakan janjinya iaitu akan mendedahkan pemain baru sebelum tamatnya Piala Dunia.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment