20 July 2010

Back on duty

Sorry lama Atikah x postkan sebab Atikah ada hal sikit.. So hari ini baru segala-galanya selesai dan Atikah akan preview balik segala berita sepanjang ketiadaan Atikah.. Bermula dengan Arsenal VS Barnet yang berkesudahan Arsenal menang 4-0, Joe Cole tolak Arsenal untuk Liverpool dan Eduardo yang menerima tawaran dari Shaktar Donestk..

Andrei Arshavin memulakan kempen pra musim Arsenal dengan cemerlang selepas meledak seawal minit ke-2 untuk memberikan pendahuluan untuk Arsenal selepas memperdayakan penjaga gol Barnet..

Jay Simpson yang menyarung jersi bernombor 9 milik Eduardo yang tidak turut serta dalam pasukan membuktikan yang di mampu untuk mendapat tempat dalam pasukan skuad utama jika Eduardo meninggalkan pasukan selepas meledak 2 gol pada minit ke-16 dan 45..

Samir Nasri yang masuk pada separuh masa kedua dan diberikan lilitan kapten melengkapkan kemenangan 4-0 Arsenal dengan jaringan pada minit ke-75.. Perlawanan ini juga menyaksikan Chamakh dan Koscielny membuat debut mereka..

Arsene Wenger selepas perlawanan tersebut akhirnya mengakui tiada penjaga gol nombor 1 di Arsenal walaupun Fabianski, Mannone dan Szczesny memastikan Arsenal tidak dibolosi selepas ketidak hadiran Almunia yang sakit sebelum perlawanan bermula.. Namun Wenger masih berdiam diri siapa yang akan dibelinya..

Sementara itu Joe Cole sah pemain Liverpool selepas menolak tawaran daripada Arsenal dan Spurs.. Walaupun kecewa Atikah rasa barisan tengah Arsenal sudah cukup bagus dengan Wilshere jelas semakin improve dan Atikah rasa kegagalan membawa Cole ke Arsenal bukanlah sesuatu yang akan menganggu pasukan..

Sementara itu Eduardo Da Silva dilihat semakin hampir meninggalkan pasukan selepas staf perubatan Shaktar Donestk berada di London untuk memeriksa Eduardo selepas tawaran 6 juta pound mereka diterima Arsenal dan Eduardo bersetuju dengan kontrak 2 tahun bersama mereka..

Namun segala-galanya masih belum dipastikan lagi memandangkan tiada pengumuman rasmi di buat.. Atikah akan terus memberikan berita terkini pasal perkara ini.. Namun Atikah dapat merasakan jika Eduardo pergi Simpson akan diberikan peluang di dalam skuad utama dan Bendtner dilihat mungkin akan menyarung jersi bernombor 9 selepas pernah memintanya daripada Eduardo.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment