10 July 2010

Coyle mahukan Wilshere kembali

Owen Coyle membuat pengakuan yang dia sudah beberapa kali membuat perbincangan bersama Arsenal tentang kemungkinan membawa Wilshere kembali ke Bolton musim panas ini selepas Coyle turut mengakui kehadiran Wilshere musim lalu banyak membantu pasukannya kekal di dalam saingan EPL..

Namun masih belum ada sebarang jawapan daripada kem Arsenal sama ada akan melepaskan Wilshere semula ke Bolton untuk mendapatkan aksi di barisan utama lebih kerap.. Sejujurnya Atikah berharap Wilshere akan kembali semula ke Bolton kerana pada pandangan Atikah Coyle berjaya mengilap bakat Wilshere lagi selepas Wenger melakukannya..

Dengan hakikat Coyle akan memberikan lebih banyak peluang di barisan utama pasukannya di saingan EPL membuatkan Atikah bersetuju untuk melihat Wilshere kembali semula ke EPL.. Dengan hakikat Wilshere masih belum boleh mendapat tempat di dalam pasukan lagi.. Pinjaman semula ke Bolton merupakan pilihan yang terbaik..

Namun sudah pastinya segalanya terletak di tangan Arsene Wenger sama ada mahu melepaskan kembali Wilshere ke Bolton semula atau pun tidak.. Namun bagi pandangan anda patutkah Wilshere kembali semula ke Bolton?? Bagi Atikah ya ianya patut.. Kerana ianya bagus untuk Wilshere, Arsenal dan juga Bolton.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment