26 July 2010

Fabregas ohh Fabregas

Semakin hari semakin banyak cerita yang kurang enak untuk didengari tentang Cesc Fabregas.. Dan hari semakin hambat bergerak.. Sejujurnya Atikah dah x tahan dengar berita-berita ini.. Nak endahkan namun semakin lama semakin menjadi-jadi.. Kali ini laporan menyebut Fabregas dan sain kontrak peribadi dengan Barcelona..

Fabregas dilaporkan bersetuju dengan kontrak selama 5 tahun dan akan menerima gaji tahunan berjumlah 7 juta euro.. Atikah x percaya pasal ini kerana Atikah tahu Fabregas cukup hormati Arsenal dan dia tahu Arsenal tidak akan menjualnya dalam sebarang harga sekali pun.. Kalau Fabregas tidak berani nak minta dilepaskan kenapa pula dia nak sain kontrak peribadi??

Fabregas tahu jika segala-galanya tidak berjalan lancar.. Kariernya akan musnah.. Beliau merupakan kapten pasukan dan beliau terhutang budi dengan Arsenal bukannya Barcelona.. Kalau anda ingat musim panas lepas pun ada rumours pasal ini.. Lepas tu ada pulak cerita yang Wenger dah jual Fabregas..

Tetapi hakikatnya tidak.. Atikah sendiri pun sampai satu tahap tu tahun lepas giler punya benci dengan Fabregas.. Namun akhirnya Fabregas masih kekal dan kembali menjadi hero Arsenal.. Atikah harap musim ini pun tidak ada bezanya.. Kerana Atikah masih mempunyai kepercayaan terhadap Fabregas..

Beliau tidak akan lakukan perkara sebegini untuk Arsenal.. Kerana beliau cukup tahu yang Arsenal yang menjadikan dia sehebat sekarang ini.. Arsenal yang menjadikannya antara salah seorang pemain terbaik dunia.. Dan kerana Arsenal juga beliau memenangi EURO 2008 dan Piala Dunia 2010..

Satu lagi cerita ialah Fabregas dilaporkan akan berjumpa Wenger dan berbincang pasal masa depannya di Arsenal minggu ini.. Fabregas dijangka kembali minggu ini untuk aksi Emirates Cup.. Namun Wenger dilihat lebih senang menyaksikan kapten dan penolong kapten pasukannya beraksi pada perlawanan terakhir persahabatan menentang Legia Warsaw di Poland..

Namun apa yang pasti Wenger langsung tidak berhasrat menjual kapten pasukannya itu.. Atikah juga tidak rasa yang Fabregas akan kembali ke London untuk berbincang pasal masa depannya.. Untuk tempoh sehingga 2014 ataupun 2015 iaitu tahun dia masih mempunyai kontrak dengan Arsenal, masa depan beliau ialah di Arsenal..

Atikah harap sangat suatu hari nanti Barcelona akan bankrap, jatuh merudum.. Kerana Atikah dan sebilangan besar peminat Arsenal benci Barcelona dengan cara kotor mereka untuk mendapatkan Fabregas.. Dan cara mereka merosakkan fikiran Fabregas semasa beliau berada di kem latihan Sepanyol..

Harap-harap Barca akan menderita selepas ini.. Sementara Arsenal berada di puncak dunia dan Barca pula mengikut jejak langkah beberapa kelab besar dunia yang bergelut dengan masalah hutang dan selepas itu prestasi pasukan mereka jatuh merudum.. Kerana mereka berhak menerimanya..

Sebabnya cara mereka untuk mendapatkan Fabregas cukup kotor.. Tidak menunjukkan rasa hormat terhadap Arsenal.. Meminta pemain mereka memujuk Fabregas seterusnya merosakkan fikirannya.. Atikah harap Fabregas ikut kata hatinya sebelum membuat keputusan bodoh yang boleh menjejaskan kariernya.. Adios Amigos..

3 comments:

Labrat said...

saya pun rasa mcm tu.. dia akan kekal di Arsenal. Kalo dia pindah gak pegi Barca, alamatnya dia jadi mcm henry. tak pun kena banding2 ngan Messi.. tak pun duk je kat kerusi tunggu minit ke 88..

26.7.10
sab said...

setuju! jdlah pemain yg bijak fab!! we still love u..

26.7.10
Unknown said...

Sejarah bekas pemain arsenal yg berhijrah ke barca pun menjelaskan segalanya.. lihat laa pemain arsenal yg berada dikemuncaknya berlalu keluar ke pasukan lain.. Helb.. Henry... Flamini... dan byk lagi.. apa kesudahannya dengan mereka??? Fabregas mungkin lebih arif dan tahu bahananya jika salah membuat pilihan.. adios

27.7.10

Post a Comment