Arsenal terus rekod cemerlang



Carlos Vela yang terpaksa menyarung jersi lamanya bernombor 12 selepas nombor barunya iaitu nombor 11 disarung Emmanuel-Thomas, menjaringkan gol lob yang cantik yang memastikan Arsenal menang 4-0 pada minit ke-64..

Atikah seperti kebiasaannya lebih berminat untuk melihat aksi penjaga gol dan pemain skuad simpanan sepanjang pra-musim ini.. Sejujurnya kalau Atikah Wenger, Atikah akan mendapati diri Atikah dalam dilema selepas melihat aksi-aksi penjaga gol Arsenal sepanjang kempen pra-musim ini.. Kesemuanya menampilkan aksi konsisten dan menyakinkan..
Untuk pemain skuad simpanan pula, Atikah masih tertarik dengan aksi Nordtveit.. Atikah dapat merasai beliau akan di panggil Wenger selepas berterus menampilkan aksi memukau.. Frimpong juga memastikan Wenger pening kepala selepas menampilkan aksi kemas dengan melakukan terjahan yang bersih walaupun dari belakang..
Emmanuel-Thomas pula memastikan beliau layak untuk menyertai skuad utama selepas akhirnya menemui rentak jaringannya di dalam aksi skuad utama.. Dengan hakikat Campbell meninggalkan Arsenal, Arsenal perlu memanggil salah seorang pemain ini untuk memastikan Arsenal tidak melanggar peraturan 8 'home grown'..

Atikah harap kalau Almunia kekal dia mampu berikan aksi seperti mana pada musim 2008/2009 di mana Almunia di anugerah sebagai pemain ketiga terbaik tahunan.. Dan menjadi salah satu faktor Arsenal terus kekal di dalam Champions League.. Almunia bagus sebenarnya.. Namun hakikat dia melakukan banyak kesilapan musim lepas cukup merosakkan nama baiknya..
Tapi apa-apa pun semuanya terletak di tangan Wenger sama ada beliau akan mengekalkan barisan penjaga golnya ini ataupun sebaliknya.. In Wenger We Trust.. Harap-harap Wenger membuat keputusan yang bijak kali ini dan memastikan Arsenal menang sekurang-kurang satu piala musim baru nanti.. Adios!!
1 comments:
aPA APE LAH almunia ni..dah lah buat masalh dlm skuad musim lepas.Nasib dapat main di arsenal lagi kalau tak dah kene tendang keluar macam MAN KAYU (MAN U) TU....HAHAHAHAHAAAAA....
30.7.10Post a Comment